Sungguh murni keperibadian Rasulullah s.a.w.

May 3, 2008

1 jam 30 minit aku memandu dari Jerteh, Terengganu ke KK, Kelantan. Ada kerja sikit di sana…sampai di rumah dah jam 9.30 malam.

“Fuh! penat juga memandu ni. Nasib baik waktu malam. Angin sejuk. Tenang je suasana”.
Sepanjang perjalanan, kubuka siaran ‘Hindi Power’ … dengar lagu hindi. Lagu baru & lagu lama berselang-seli. Terhibur juga hati mendengarnya. Bukan main petah si DJ tu berceloteh. Lengkap dengan ‘translate’ lagu sekali, hindi ke melayu.

Sampai je di rumah, terus kubuka peti sejuk. Minum. Kemudian…mcm biasa, buat sedikit persiapan untuk esok hari. Perancangan kerja.

“Apa nak buat sepanjang hari esok? Soalan ni dah jadi soalan rutin bagi aku di malam hari. Apa saja terlintas di fikiran, aku catat je di buku catatan ‘Senarai Kerja Esok’. Buat tak buat..sempat tak sempat, lain kira.

Sebelum tidur sempat kucapai majalah Sinar Rohani. Ku baca satu artikel, “Bersifat Tawaddhu’: Contohilah Rasulullah s.a.w.” oleh Drs. Wan Aminurrashid.

Aku tertarik dengan dua petikannya:

Petikan pertama

Pernah pada suatu ketika sesudah baginda berkuasa dan memerintah seluruh tanah Arab, datanglah seorang lelaki mengadap baginda. Lelaki tersebut datang dalam keadaan sangat takut, gementar dan tunduk mendapatkan Rasulullah bagaikan mengadap sultan atau raja sesebuah negeri. Melihatkan keadaan demikian lantas baginda berkata kepada lelaki tersebut:

“Hai biasa sajalah anda, permudahkanlah halmu kerana sesungguhnya aku ini bukan raja. Aku hanya anak seorang perempuan Quraisy yang merupakan bangsa yang makan daging panggang…”

Petikan kedua

Pernah juga satu ketika sewaktu pulang dari pasar, Abu Hurairah meminta untuk membawa pulang seluar yang baru dibeli oleh Rasulullah s.a.w kerana menurut Abu Hurairah sebagai Rasulullah dan pemimpin umat Islam adalah tidak manis dipandang sekiranya baginda membawa sendiri seluar tersebut di tengah-tengah orang ramai di pasar. Tapi apa kata Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w berkata, “Biarlah aku membawa sendiri sebab orang yang memiliki barang adalah lebih berhak membawanya…”.

Sungguh murni keperibadian Rasulullah s.a.w.

Sambil menaiki tangga (mau tidur), terlintas juga aku pada Lao Tze (ahli falsafah China).

Lao Tze pernah berkata:

“Alasan mengapa sungai dan laut menerima ratusan aliran sungai di pergunungan adalah kerana ia tetap meletakkan kedudukan mereka di bawah. Maka dari itu mereka mampu menguasai semua sungai dari pergunungan. Demikian juga orang yang bijak, yang ingin mengatasi orang lain, harus menempatkan diri mereka di bawah. Mereka yang ingin berada di hadapan, harus menempatkan diri mereka di belakang. Dengan demikian, walaupun kedudukannya lebih tinggi, orang lain tidak berasa keberatan”.

Arghhhhhhhhhhhhh ngantukkk zzzzzzzzzzzzzzzzzzz


Ya Allah ampunilah dosa kedua ibubapaku… sayangilah mereka ya Allah

April 22, 2008

“Ya Allah jangan kau lupakan aku terhadap jasa kedua orang tuaku.
Ampunilah mereka, sayangilah mereka sebagaimana mereka memelihara aku di masa kecil”

Sesungguhnya jasa orang tua kita tidak terhitung banyaknya. Ibu kita mengandung selama 9 bulan kemudian melahirkan kita dengan risiko nyawa melayang. Ketika kita masih bayi tak berdaya, mereka beri kita minum dan makanan. Ketika kita buang air, tanpa jijik mereka membersihkan kita dengan penuh rasa cinta. Kita diberi pakaian dan juga pendidikan.

Mereka sabar menghadapi kemarahan kita, rengekan, kenakalan, bahkan mungkin ketika kita masih kecil kita pernah memukul mereka. Mereka tetap mencintai kita. Jadi jika kita merasa kesal dengan mereka, apalagi jika mereka begitu tua sehingga kelakuannya kembali seperti anak-anak, ingatlah kesabaran mereka dulu ketika menghadapi kita.

Adakah kita mampu membalasnya? Bahkan seandainya orang tua kita tak berdaya sehingga untuk buang air kita yang membersihkannya, itu tidak akan sama. Orang tua membersihkan kita dengan penuh rasa cinta dan harapan agar kita selamat dan panjang umur. Sementara si anak ketika melakukan hal yang sama mungkin akan merengut dan bertanya bilakah “ujian” itu akan berakhir.

Begitulah. Seperti kata pepatah, “Kasih anak sepanjang badan, kasih ibu sepanjang jalan” Tidak dapat dibandingkan.

Oleh kerana itu hendaknya kita berbakti pada orang tua kita. Malah hendaklah sentiasa kita mendoakan mereka.

“Apabila anak Adam wafat putuslah amalnya kecuali tiga iaitu sedekah jariyah, pengajaran dan penyebaran ilmu yang dimanfaatkannya untuk orang lain, dan anak yang mendoakannya. (HR. Muslim)

Jika kita tidak berdoa untuk orang tua kita, maka putuslah rezeki kita.

Apabila anak meninggalkan doa bagi kedua orang tuanya maka akan terputuslah rezekinya. (HR. Ad-Dailami)

Oleh kerana itu sebagai seorang anak hendaklah kita senantiasa berdoa untuk kesejahteraan kedua ibu bapa kita. amin…


Suara yang didengar mayat

April 2, 2008

Assalamu’alaikum,

Bahan Renungan Untuk Anda, Sahabatku, yang mungkin terlalu sibuk bekerja… Luangkanlah waktu sejenak untuk membaca dan merenungkan pesan ini.

SUARA YANG DIDENGAR MAYAT

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu;
1. Keluarga
2. Hartanya
3. Amalnya

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu;
1.
Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.


Maka
ketika Roh Meninggalkan Jasad …
Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, “Wahai Fulan Anak Si Fulan..

1.      Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu

2.      Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu

3.      Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu

4.      Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu.”

Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan ….Terdengar Dari Langit Suara Memekik, “Wahai Fulan Anak Si Fulan…

1.      Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah

2.      Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara

3.      Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa

4.      Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara”

Ketika Mayat Siap Dikafan …Suara Dari Langit Terdengar Memekik,”Wahai Fulan Anak Si Fulan

1. Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
2. Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah

3. Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
4.
Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
5. Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan.”

Ketika Mayat Diusung. … Terdengar Dari Langit Suara Memekik, “Wahai Fulan Anak Si Fulan..

1. Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
2. Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat
3. Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat.”

Ketika Mayat Siap Disholatkan ….Terdengar Dari Langit Suara Memekik, “Wahai Fulan Anak Si Fulan..

1. Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
2. Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
3. Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk.”

Ketika Mayat Dibaringkan Di Liang Lahat…. terdengar Suara Memekik Dari Langit,”Wahai Fulan Anak Si Fulan…

1. Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk
    Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini Wahai Fulan Anak Si Fulan…
2. Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
3. Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
4. Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa.”

Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian .
Allah Berkata Kepadanya, “Wahai Hamba-Ku…. .

·        Kini Kau Tinggal Seorang Diri

·        Tiada Teman Dan Tiada Kerabat

·        Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..

·        Mereka Pergi Meninggalkanmu. . Seorang Diri

·        Padahal, Kerana Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku

Hari Ini,….

Akan Kutunjukan Kepadamu
Kasih Sayang-Ku
Yang Akan Takjub Seisi Alam
Aku Akan Menyayangimu
Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya”.

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman, “Wahai Jiwa Yang Tenang

· Kembalilah Kepada Tuhanmu
· Dengan Hati Yang Puas Lagi Diredhai-Nya
· Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba Ku
· Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku”


Tahukah kita bila kematian akan menjemput kita???

 


Iman adalah mutiara

March 26, 2008

Aku ingin berterima kasih kepada kawanku, c.zuer atas e-mail bergambar ini…

pedangnabi.jpg
Pedang Nabi Muhammad s.a.w

jejakkakinabi.jpg
Jejak Kaki Nabi Muhammad s.a.w

suratnabi.jpg
Surat Nabi Muhammad s.a.w

janggutnabi.jpg
Helaian Janggut Nabi Muhammad s.a.w

kunci-kaabah.jpg
Kunci Kaabah

kuburnabi.jpg
Makam Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w

Dengan keadaan umat Islam kini yang dilanda kesuraman penuh getir,
marilah kita sama-sama menyalakan kembali api cinta dan
rasa rindu kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Bersama-samalah kita berselawat dan bersyair tanda kesyukuran kita menjadi umat baginda Rasulullah s.a.w.
Janganlah antara kita meremehkan sambutan-sambutan Maulidur Rasul dan apa sahaja tradisi yang
dapat menumbuhkan kecintaan pada yang terkasih dan tersayang, baginda Rasulullah s.a.w .

Dengan keadaan dunia global kini, kita bimbang seandainya ancaman budaya luar dan liar jika tidak disekat
maka generasi muda kita nanti akan kecundang, tewas dan hanyut diperkudakan.

Kita bimbang, apabila benih kecintaan terhadap sirah nabi mulai hilang dari kita,
akan datang suatu masa di mana suatu generasi yang tidak mengenali sama sekali siapa Nabi Muhammad s.a.w.,
siapa para sahabat nabi dan seluruh isi keluarga Nabi s.a.w.

Inilah yang membimbangkan kita…Wallahualam.