Anda senyum dia pasti tersenyum

Apabila ditanya mengenai rahsia personaliti yang baik, seorang pemimpin pernah berkata:

“Saya tidak ada apa-apa yang rahsia. Sebenarnya anda masih belum belajar mengenai kehidupan. Tidakkah anda perasan yang anda boleh memberi warna kepada kehidupan, atau anda memang boleh menentukan reaksi yang anda mahu daripada orang yang anda temui.”

Pemimpin tersebut menambah lagi.

“Sememangnya amat mudah. Jika anda mahu mereka senyum pada anda, senyumlah dahulu. Jika anda mahu mereka mempunyai minat terhadap anda, tunjukkanlah yang anda juga berminat dengan mereka. Jika anda mahu mereka memuji anda, pujilah mereka dahulu. Orang akan melayan anda seperti anda melayan mereka. Sememangnya tidak ada rahsia. Lihatlah diri anda. Anda akan dapat buktikannya apabila anda berjumpa dengan orang yang baru anda temui.”

Lord Chesterfield berkata:

“Perasaan suka seorang yang lain adalah seperti magnet yang terkuat untuk menarik perasaan yang sama dari orang tersebut.”

Goethe, berkata:

“Jika anda mahu orang suka dan gembira bertemu anda, anda juga mesti mempunyai perasaan yang sama. Tunjukkan perasaan itu.”

p/s – saya setuju ngan ini. terbukti…

3 Responses to Anda senyum dia pasti tersenyum

  1. isunik says:

    Ada perbezaan ketara antara orang yang tinggal dikampung dengan orang yang tinggal dibandar besar. Saya berbual dengan seorang pemandu teksi kelmarin untuk pulang kerumah di Johor. Pemandu ini agak ramah dan mula berbicara mengenai diri dia dan keluarga dia. Dia memberitahu yang dia tidak mengenali jiran dia walaupun telah tinggal bersebelahan selama lebih 20 tahun. Hinggakan anak jirannya berkahwin pun dia tidak tahu. Itu di Singapura, dan saya yakin keadaan sama wujud di Kuala Lumpur misalnya.

    Saya kurang pasti mengapa orang sebelah timur yang kuat dengan budaya keluarga sukar untuk beramah dengan jiran sebelah bila tinggal dikota. Jangan kata nak bersapa, senyum pun agak susah. Terlalu menghormati dan tidak mahu mengganggu hidup peribadi orang lain, mungkin?

    Saya fikir kalau kita boleh menyebut perkataan ucap selamat seperti “sudah makan?” dan “terima kasih” dengan mudah kepada sesiapa pun, akan memudahkan kita untuk berbicara dengan panjang dan sudah tentu memberi senyum.

  2. nor says:

    anda senyum dia pasti tersenyum!
    wow! satu ungkapan yang penuh makna bagi saya. kalau difikir secara logik sememangnya begitu, setiap kali kita tersenyum pasti akan ada balasan. namun alangkah beruntungnya bagi seseorang itu bila kita pandang wajahnya yang bersahaja pasti akan ada balasan senyuman dari sesiapa yang melihatnya. maknanya muka orang itu sememangnya nampak tersenyum padahal tidak. mmm…muka manis la orang tua cakap kan!
    ada jugak kawan saya berkata senyuman itu satu sedekah. betul lah tu kan. pada orang atau manusia yang suka senyum ni @ tak lokek ngan senyuman, pasti ramai kawan atau kenalan. cubalah kalau tak percaya! amalkan senyum tapi janganlah melampau sangat, nanti ada lak cakap sawan senyum lak. maksud saya berpada-pada senyum tu. senyum ni banyak jenisnya seperti senyum sinis, senyum manja, alah banyaklah jenisnya. tapi awas jangan senyum mengoda plak, bahaya tu.
    dalam tv pun ada siarkan lagu senyum, macam2 cara orang senyum, menarik tu……
    so guys, senyumlah ……………… tapi jangan melampau nanti orang fikir anda gila @ tak waras lak.
    adios.

  3. eidawati says:

    A’kum…
    “anda senyum dia pasti tersenyum”
    Emm.. memang bagus kalau semua org ada tindakbalas macam tu… hati rasa gembira sebab ada respon! Tapi kadang2, nasib tak baik… kalau senyuman tu tak terbalas, buat2 tak nampak… buat kering je… Lepas tu rasa serik pulak nak ramah senyum dengan org, fikir 2 kali..:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: