Perihal Sebuah Perjalanan menurut ‘Sun Tzu’s Art of War’

1. Kaedah Mengatur Kedudukan di Kawasan Pergunungan

Apabila merentas kawasan pergunungan, pastikan angkatan itu berada dekat dengan lurah; apabila berkhemah, pilihlah tanah tinggi yang menghadap matahari; apabila tanah tinggi diduduki musuh, jangan mendaki untuk menyerang…

2. Kaedah Mengatur Kedudukan Berhampiran Sungai

Selepas menyeberangi sungai, anda mestilah bergerak jauh darinya. Apabila musuh yang mara menyeberangi sungai, jangan bertempur dengan musuh itu di tengah-tengah arusnya. Lebih baik biarkan setengah daripada mereka menyeberangi sungai tersebut dan kemudian seranglah mereka.

Sekiranya anda ingin bertempur, jangan berdepan dengan musuh berhampiran sungai. Dudukilah tanah tinggi yang menghadap matahari. Jangan mengatur kedudukan yang sukar untuk menjangkau musuh.

3. Kaedah Mengatur Kedudukan di Kawasan Paya Masin

Seberangilah paya masin dengan pantas. Jangan berlengah-lengah ketika berada di dalamnya. Sekiranya anda terpaksa berdepan dengan musuh di tengah-tengah paya masin itu, anda mestilah mengatur kedudukan supaya berdekatan dengan rumput dan air serta membelakangi pokok.

4. Kaedah Mengatur Kedudukan di Tanah Rata

Apabila berada di tanah rata, dudukilah tempat yang memudahkan anda bertindak. Jika tanah tinggi berada di sebelah belakang dan kanan anda, medah pertempuran pula di sebelah hadapan, maka sebelah belakang anda adalah selamat.

(Penulis – “pentingnya strategi dalam perancangan …”)

3 Responses to Perihal Sebuah Perjalanan menurut ‘Sun Tzu’s Art of War’

  1. eida says:

    A’kum…
    Yo.. Yo.. an.. je.. si paris tu membaca…
    Emm.. nanti kalau eida nak berperang (perancangan) … eida akan pastikan, kaedah mana yang sesuai… Insyaallah boleh menang…

  2. eida says:

    eh..eh.. lupa nak🙂

  3. rashid says:

    w.kum. hii hii tak sangka ya. minat gak paris tu baca buku mcm tu.. byk falsafahnya.. bila eida baca mesti letak tepi burgerke, pizzake, ais krimke.. elak keboringan..hee hee

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: