Pelajar harus berfikiran futuristik

1. Future Think
– Pelajar harus mampu berfikir secara kritis, kreatif, proaktif, responsif dan bertanggungjawab kepada apa yang terjadi pada hari ini. Apakah pengaruh dan akibatnya pada masa hadapan.
– Pelajar harus mampu melihat dan berfikiran jauh ke hadapan.

2. Future Focus
– Pelajar harus mampu memfokus fikiran kepada beberapa hal yang sangat berpengaruh pada masa hadapan. Pelajar harus boleh membaca trend yang timbul sebagai implikasi daripada fenomena yang ada.
– Pelajar yang menguasai future focus membolehkan tumpuan kepada sesuatu yang menguntungkan dirinya pada masa hadapan.

3. Future Plan
– Future Plan adalah perancangan strategis yang bersifat pragmatik, relevansi hasil dan dengan pendekatan pemecahan masalah serta change-engineering.
– Pelajar harus boleh merancang sekaligus menjadi jurutera kepada perubahan ke masa hadapan.

4. Future Action
– Pelajar harus memastikan segala perancangan yang futuristik dan strategis itu diimplementasikan dalam bentuk tindakan nyata yang berorientasikan masa hadapan.

5. Future Review
– Pelajar perlu sentiasa menilai kembali segala kekuatan dan kelemahan diri mahupun tindakan supaya dapat membaiki segala kekurangan yang dimiliki dengan segera.
– Pelajar harus berani mengakui kekurangan diri dan kemudian mengatasinya. Ia adalah langkah awal bagi memperoleh kecemerlangan pada masa hadapan.

Sumber:

Ahmad Zabidi Abd Razak, Memimpin Diri Sendiri, Pahang: PTS P&D, hal. 103-104.

2 Responses to Pelajar harus berfikiran futuristik

  1. eida says:

    A’kum..
    Emm.. kalau pemikiran seorang guru pun futuristik maka Insyaallah dapat melahirkan pelajar yg pemikiran futuristik. kerna guru merupakan contoh TERBAIK kepada pelajar🙂

  2. rashid says:

    w.slm.. eeee sindir sayalah tu.. takpa takpa. bukannya apa eida, saya selalu minta pelajar saya memandang masa depan (maklumler bebudak ni 90% anak pekebun). baiki diri kejar cita-cita, rajin usaha utk berjaya.. heee heee itulah cikgu eida

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: