“Jom, jalan-jalan tengok buku”

Pagi kelmarin jam 9.30 aku gi library awam. Boring duk kat rumah. Jadi aku keluar ler. Hampir 2 jam aku di sana. Ramai gak bebudak di sana. Aku tengok macam-macam gaya. Ada yang baca buku tapi ada gak yang duk sembang-sembang (apa la bebudak ni, orang gi library cari ketenangan ngan baca buku. Dia pulak duk sembang. Petugas library pulak buat dak jer…)

Sudah jadi tabiatku. Mungkin caraku. Pertama kali aku masuk library aku suka berjalan-jalan dari satu rak ke satu rak. Ini kerana aku suka baca tajuk-tajuk buku di setiap rak sepintas lalu dulu. Macam-macam aku tengok dan baca. Aku tahu ada yang kata… Don’t Judge a Book by It’s Cover . Tapi itulah caraku.

Tabiat ini sebenarnya bermula sejak aku di UKM lagi. Di U dulu tu, habis paras aku pergi. Dari paras tengah, atas, paling atas, bawah, paling bawah, semuanya aku redah….aku suka “jalan-jalan tengok buku”, baca tajuk-tajuk buku. Tak kira buku apa… dari buku psikologi, sejarah, fizik, bio, kimia, agama, pengurusan, sampailah terbitan bersiri – majalah, akhbar lama dan akhbar baru, buku di rak ASEANA, rak microfilm, jurnal, tesis… aku redah semuanya.

OPAC tak gunake? Sebenarnya OPAC pun aku guna. Tapi nak buat camana, itulah aku. Itulah cara dan gayaku… heee ..hee..

Dan satu lagi hobiku, time baca buku, aku suka gi tempat yang berbeza. Suka suasana yang baru. Ada kelainan..suasana nyaman.. heee…hee…

Kekadang ada kawan-kawan aku mengusikku…

“aaaaahhh pusing-pusing di sini ni…buat apa nii..”
“aaahhh aaa buat apa di sini ni. Ni tempat budak-budak optometrist ni…aaa.aaa .”

Aku senyum jer. Malas nak layan diorang ni.

Tapi bagi aku ler..cara “jalan-jalan tengok buku” itu berkesan gak. Buktinya bila time cari bahan / sumber rujukan. Aku lebih cepat dapat mencarinya. Aku tak payah melilau lagi mencari di mana rak buku tertentu.. Misalnya nak cari buku psikologi, aku masuk je library terus ke rak buku psikologi.. nak cari jurnal tertentu.. terus ke sana tanpa perlu melilau lagi. Berbanding ngan kawan-kawan aku, aku tengok mereka ni melilau gak cari bahan. Maklumler library tu luas. Lucu juga aku tengok kawan-kawan aku melilau sana melilau sini…heee

Betullah kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Buku boleh menjadi teman setia kita…

p/s – Pada 30 April ni aku akan ke PESTA BUKU KELANTAN 2008. Jom “jalan-jalan tengok buku” (tengok dulu kalau dah berkenan baru beli..heee…heee)

6 Responses to “Jom, jalan-jalan tengok buku”

  1. eida says:

    A’kum…
    “Membaca amalan mulia”
    masa eida kat upm pun… teruk jugak.. nak cari buku rujukan… macam orang sasau je..
    kalau cari guna khidmat komputer baru dapat… kalau tak… kirim salam je😦

  2. rashid says:

    upm.. saya dah pergi gak. tp mana yg okey UKM @ UPM dr segi perkhid. librarynya….sudah tentu eida pilih UPM kan (mesti sayang UPM ni..)
    eida bila jln-jln tu hati-hati ya.. takut jatuh lagi..camana mood dah okey?

  3. paling malas nak g library..dalam 1 sem bole kira dengan jari. tpai memang minat membaca…cma keadaan persekitaran library yang membuatkan kita mals nak g…

  4. eida says:

    Emmm..
    Tak tahu pulak.. sebab tak pernah masuk library ukm… tapi banyak org cakap ukm lebih baik… mood dah ok🙂

  5. rashid says:

    aikk pelik tu mirhan. library leer tempat yg tenang dan nyaman. Satu tempat bermain mata. opsss bukan main mata ngan manusia tapi ngan buku-buku.. mencari, memilih & membaca..semuanya perlukan kerdipan mata.

  6. oo..iye ke? tapi tidak d u saya…tempat yg plg menyesakkan jiwa raga..haha..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: