Ayah, saya mencintai dirinya bukan umurnya…

Sabtu, balik dari library awam (jam 1.20 ptg – aku sampai di rumah) dan sesudah laksanakan yang wajib, aku on TV. Ada satu tayangan filem lakonan ‘Mr. Smart’ (‘Mr. Smart’ gelaran yang diberi oleh para peminatnya).

Tertarik gak aku ngan jalan ceritanya. Aku sebenarnya dah lama tak tengok filem sampai habis cerita – maklumler asyik ke sana ke mari laksanakan tugas, kursus itu kursus ini, baca itu baca ini, klik itu klik ini. Tapi kali ini aku terus menontonnya sampai habis. Seronok gak.

Kisahnya….

Filem itu mengisahkan tentang seorang perempuan (lewat usia 34 tahun) dah jatuh hati pd. ‘Mr Smart’ yang dah berumur 64 tahun. Perempuan tu jauh lebih muda darinya. Lelaki tu diminta jumpa bapa perempuan tu. Tapi dia segan memandangkan umurnya dah tua. Mungkin sebaya ngan umur bapa perempuan tadi.

Pada satu hari, lelaki tu gagahkan juga pergi ke rumah bapa perempuan itu. Tapi dia tak sempat nak luahkan rasa hatinya kerana bapa perempuan tadi asyik bercerita… cerita tentang usia dirinya yang dah tua (58 tahun). Mungkin sebaya dengan diri lelaki tu. Selalu sakit-sakit. Selalu kena ‘servis’ kat hospital.

Pertemuan pertama ngan bapanya, lelaki tu tak dapat meluahkan apa-apa. Bila keluar dari rumah bapa perempuan tadi, barulah dia dibagitau bahawa bapa perempuan tadi muda 6 tahun dari umurnya. Lelaki tadi lagi terkejut. Lagi berat hatinya nak berjumpa dan meluahkan lamarannya pada bapa perempuan tadi yang lagi muda darinya.

w/b/p nak dijadikan cerita (memangpun cerita) ayah perempuan tadi dapat tahu juga akhirnya. Ayahnya sangat marah dan tak merestui hubungan mereka.

Kata si ayah, “ayah mahu kau fikirkan masa depanmu… dia sebaya ayah. Berapa lama lagi dia ada masa untuk hidup”.

Sebaliknya perempuan tadi (anak tunggal) membalas dengan lembut, “Ayah, saya mencintai dirinya bukan usianya” (p/s – adake lagi perempuan macam ni? ..heee.. hee)

Ayahnya diam. Masih marah dan terus dengan marahnya. Dengan egonya.

Anaknya serba salah. Dia sangat mencintai lelaki tadi. Tapi ayahnya juga perlu dijaga. Dia anak tunggal ayahnya. Ayahnya ada penyakit jantung dan kencing manis (tu yang kena ‘servis’ selalu kat hospital).

Akhirnya sebagai tanda protes, ayahnya mogok, tak mahu makan…

So, apa kesudahannya… malas aku nak teruskan. Buatlah sendiri skrip penamatnya…

Dalam fikiranku, “kisah ini sememangnya berlaku…”

6 Responses to Ayah, saya mencintai dirinya bukan umurnya…

  1. eida says:

    Hayo.. susah ni… sapa yang nak kan menantu lebih tua… kalau boleh baik dielakkan..😦

  2. witty angel says:

    “Ayah, saya mencintai dirinya bukan usianya” (p/s – adake lagi perempuan macam ni? ..heee.. hee) >>>>>ehehehehehe…sure ke dirinya?ke hartanya??hahahhahaha..allalala..owh anyway i link ur blog kat my blog.u xkesah kan?

  3. thanks visit blog saya,entri ni lucu gak..jgn le ayah saya carikan suami yang tua tapi berharta sbb nak byar utang ptptn..nauzubillah.

  4. rashid says:

    hai eida.. yake apa yg eida kata tu..kalau tua bergaya byk harta indah rupa bapa suka camana? bapa paksa eida, camana? heee…hee… jgn mare gurauan jee…

  5. rashid says:

    hii witty. aaa aaa aa witty belum terkena lagi.. cinta itu terlalu sukar dimengertikan. apa org kata kalau dah terkena tu, ‘lautan api kan kurenangi, gunung yg tinggi kan kudaki, lurah yg dalam kan kuturuni… ambik kapak belahlah dada ‘ (p/s kena sembilu sikit dah mengaduh sakit.. .) ..heee heee..

  6. rashid says:

    a.kum mirhan. aaa haa aa pa salahnya kan.. sekurang-kurangnya lepas gak beban tu. saya tersenyum baca bab utang ptptn tu..nasib baik saya dulu jpa, rm16ribu hanya bayar rm4ribu je.. ( ‘ptptn oh ptptn kenapalah tinggi sgt kau punya …?’ lagu dendangan oleh student ptptn..heee hee)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: