Perkhemahan di Tanah Merah

Minggu lepas (6 hingga 8 April 2008), aku terlibat sbg j/latih bagi Kem kepimpinan Pemimpin Pelajar. Sbg j/latih pusat kokurikulum negeri – menjadi salah satu tugas aku utk melatih pelajar dari segi kepimpinan. Ingatkan bila habis kem tu, dah dpt rehat & tumpukan pada kerja lak… Tup tup terima surat lagi – camping pd 13 hingga 17 April 2008. Aku diminta mengiringi pasukan daerah Kuala Krai ke Perkhemahan Briged Bakti peringkat negeri Kelantan pula. Jadi jurulatih pengiring. Perkhemahan ini diadakan di Kem Pengakap, Pusu 40 Tanah Merah.

Aiseyman, penat belum habis lagi. Dah kena masuk hutan lagi. Dah la semasa kem kepimpinan tempoh hari tu aku dilantik sebagai komandan kem. Tak cukup tidur. Dipanggil lagi. Tapi apakan daya, kehendak perkhidmatan, aku gagahi jua.

Sepanjang 5 hari di kem briged, macam-macam pengisian. Padat juga jadualnya. Semuanya bentuk pertandingan. Ada aktiviti berkawat, bina gajet, kem kraf, permainan deria, merempuh halangan, kraftangan, conney soccer, flying hockey, menjala ikan, simpulan & ikatan tali, istiadat bendera, ceramah, nasyid, ucapan spontan, tazkirah, aspresiasi seni & budaya, LDK dsb.

Tapi seronok juga dengan pelajar ni. Makan takjadi masalah. Menu pagi, goreng mehun ngan telor (3 hari berturut-turut). Tukang masak? Aku suruh pelajar sendiri masak. Aku dan rakan-rakan guru lelaki hanya beri tunjuk ajar je. Masak paling ringkas tapi enak (bagi pandangan mata kasar aku ler). Makan t/hari dan malam, nasi ngan ikan goreng jer. Seronok tengok pelajar makan. Semuanya habis dibedal. Itulah hikmahnya berkhemah ni. Mereka tak memilih (tadak pilihan kot). Masa tidur, mereka tidur dlm khemah terbuka tepi tp bukan main berdengkur lagi. Lena. Letih agaknya.

Aku gelihati juga tengok telatah pelajar ni. Ada masa luangje, tak kira siang malam, asyik dengan gajet. Pokok buluh jadi mangsa. Tapi kreatif gak pelajar ni. Lengkap ngan bangsal beg, pos sentri, pintu gerbang. rak pinggan, rak basah, pagar…semuanya dibuat ngan buluh. Ikatan pula begitu kemas.

3 malam aku tidur dalam khemah. Lena bukan main. Maklum saja dah lama tak tidur dalam khemah. Sejuk. Masuk hari ke-4, aku balik rumah jap. Siapkan kerja yang tertangguh. Sambil tu sempat juga aku buka laman blog. Baca blog, tulis blog…

Esok aku dah kena bertolak pagi-pagi. Ada masjlis perasmian penutupan. Sekaligus bawa pelajar pulang. So, aku kena tidur awal. bye..bye… (Ingin rasanya aku berkongsi gajet dengan pembaca semua. Kreatif pelajar ni. Itupun kalau sempat aku ambil gambarnya esok. Sebenarnya aku tertinggal kamera di rumah)

4 Responses to Perkhemahan di Tanah Merah

  1. Cah says:

    “Ada aktiviti berkawat, bina gajet, kem kraf, permainan deria, merempuh halangan, kraftangan, conney soccer, flying hockey, menjala ikan, simpulan & ikatan tali, istiadat bendera, ceramah, nasyid, ucapan spontan, tazkirah, aspresiasi seni & budaya, LDK dsb.”

    Assalamualaikum..

    Cikgu bleh bagi cara-cara nak buat aktiviti diatas tak, saya nak buat untuk student saya minggu depan… Terima Kasih…

  2. rashid says:

    cah, susahgak ckgu nak bagitau cara-cara tu di ruangan ni. spjng di sana ajk pelajar yang incharge. Kita latih diorang. diaorang gak kreatif. berkawat tu biasa je…berjalan dpn hakim. gajet tu diaorang buat cara berkump. boleh buat spjng masa (time free) & dinilai spjng masa- hakim pergi mengejut. merempuh hlgn lak diorang guna tali ikat kayu / buluh di pokok, ada buat macam tangga (pelajar diminta menaiki tangga), meniarap & merangkak bwh tali (diorang ikat antara pacang), tali labah-labah (pelajar diminta masuk dlm tali labah-labah tanpa menyentuhnya (kerjasama dipentingkan), permainan tu lak contohnya penjaga gol guna buluh ngan berdiri atas kerusi. pasukan akan cuba memasukkan gelung plastik ke dalam buluh pasukan masing-masing (penjaga gol boleh gak hayun buluh tu bila gelung tadi dibaling ke arahnya oleh pasukannya. istiadat bendera tu mcm istiadat askar jer, yg lain-lain tu biasajer…mereka pentingkan kerjasama. k itu je yg cikgu dpt bagitau …tq kerana menjengah lmn blog ini.

  3. dayah.... says:

    gambar x dek ker???

  4. rashid says:

    tak sempat klik.. lupa bawa kamera masa tu. sooooorry. heeee hee

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: