Aku dikala kesendirian

rass1.jpg

Aku pandang jam di dinding. Dah 11.00 malam.
Aku tiba-tiba terfikir kenapa aku menulis blog. Kenapa aku suka membaca blog?

Aku tersenyum…senyum kesendirian.
Aku senyum kerana fikiranku tiba-tiba je teringat lagu nyanyian Papa Rock, Ramli Sarip.

Aku menulis bukan kerana nama.
Kerana sifat kasih.
kasih sesama manusia…

Senikata lagu tu seterusnya aku dah lupa.

Bila je sebut pasal lupa. Aku senyum lagi. Senyum kerana teringat pulak sajak Tun Dr. Mahathir

Melayu Mudah Lupa

Sajak ini dibaca oleh Tun Dr. Mahathir di akhir ucapan penggulungannya
pada Perhimpunan Agung UMNO
di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 23 Jun, 2001.

Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai…

Ah. Kenapa aku boleh lupa?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: