Kugagahi langkah

Aku renung masa pada jam di tangan. Hampir jam 10.38 pagi. Aku berjalan gagah penuh bergaya ke kelas 5M. Terfikir juga aku kenapa langkah aku ke kelas 5M sedikit berbeza dengan langkah aku ke kelas 5S tadi. Mungkihkah kerana reaksi pelajar 5M agak berbeza dengan pelajar 5S. Reaksi terhadap pengajaranku. Atau mungkihkah kerana pelajar-pelajar di kelas 5M majoriti pelajar-pelajarnya adalah lebih pandai berbanding kelas 5S.

‘Aku tak sepatutnya begini. aku perlu samakan gerak langkah gagahku ke mana saja. Baik nak ke kelas mana saja” getus hati kecilku. Aku bersuara mengingatkan diri sendiri.

Kelas 5M adalah kelas Sains, kelas di mana terhimpunnya pelajar-pelajar pintar. Pintar menurut pandangan guru-guru kerana pelajar-pelajar ini dipilih khas kerana memiliki prestasi cemerlang semasa keputusan PMR tahun 2005.

“Cikgu, markah cikgu. Macamana markah trial kami cikgu?” Ahmad Shafie bersuara bersemangat, belum sempat aku melabuhkan punggungku di kerusi.

“ya, cikgu macamana markah kami?. Semua luluske cikgu?” Sabirah bertanya sambil menundukkan kepada, cuba sembunyikan diri. Malu agaknya.

“Okey, sekarang cikgu akan sebutkan markah kamu semua.” sambil memandang pelajar, aku mencapai beg lap topku.

Memang sudah menjadi kebiasaan, aku akan menyebut setiap nama pelajarku dan markah yang diperolehinya. Sengaja aku menyebutnya dengan suara yang kuat. Pernah kali pertama, pelajar merungut dengan caraku dengan alasan kerana malu diketahui kawan-kawan yang lain. Tapi sebaik aku menjelaskan rasional mengapa aku menyebutnya dengan suara yang kuat, barulah pelajar-pelajar dapat menerimanya. Rasionalnya ialah agar pelajar bersaing antara satu sama lain. Dan apa yang penting aku tegaskan kepada pelajar agar belajar menerima kenyataan. Belajar menerima kenyataan hidup.

Aku lantas membuka lap top, menklik Microsoft Excel 5M dan melihat senarai nama pelajar-pelajar 5M. Senarai nama itu aku telah susun mengikut abjad, memudahkan aku untuk key in markah. Kemudian, satu persatu nama pelajar berserta markah aku menyebutnya. Dalam masa yang sama, tangan kanan aku menaip markah di ruang markah yang tersedia, dan tangan kiri pula membelek-belek kertas jawapan pelajar.

Agak riuh juga kelas setiap kali aku menyebut nama pelajar dan markahnya sekali. Mungkin mereka sudah menduga atau tak terduga apabila ada pelajar yang mendapat markah tinggi, melebihi 80%.

“Okey itulah markah yang kamu dapat. markah ini cikgu akan campurkan dengan markah tugasan yang telah kamu siapkan tempohari. markah tugasan itu sebanyak 5%. So, sesiapa yang telah menyiapkan tugasan akan cikgu beri markah sebanyak 5%”, ujar aku kepada pelajar.

“Macamana puashati tak?” aku menduga reaksi pelajar.

“Bagi cikgu, secara keseluruhan markah kelas ini baik. Ramai yang mendapat 70% ke atas. Malah ramai juga yang A1 dan 2A. Walau bagaimanapun, cikgu masih tak puas hati sebab masih ada pelajar yang hanya dapat 50-60% sahaja. Apa masalah?” aku bersuara lantang. Aku melihat semua pelajar diam mendengar suara yang sengaja aku kuatkan itu.

“Sadeeq, kenapa markah kamu asyik rendah sahaja.?” aku menjeling kepada Sadeeq, pelajar pintar PMR tapi kebelakangan ini result peperiksaan agak tidak memuaskan.

“Cikgu, nanti peperiksaan sebenar saya akan bagi malatup cikgu”, ujar Sadeeq, meniru slang penyanyi Velvet, pemenang no.4 Akademi Fantasi ke4.

“Malatup..malatup juga. Setahu cikgu dari awal tahun lagi dah janji mau malatup..sampai sekarangpun masih tak malatuppun,” balasku meniru slang Sabahan. Semua pelajar ketawa mendengar aku mengajuk cakap sabah.

Aku sendiripun nak ketawa dengan apa yang aku ajukkan secara spontan dan bersahaja itu. Dan dengan selamba aku meneruskan ceramah psiko pelajar. Aku mau semua pelaja tidak hanya study last minute, sebaliknya dah mula struggle dari awal lagi. Panjang lebar juga aku berceloteh mengingatkan semua pelajar. Aku lihat semua pelajar diam membatu, merenung yakin dan seakan-akan mula menyedari betapa peperiksaan SPM semakin hampir. Masa semakin suntuk. Tiada lagi masa untuk tunjuk hero, study di saat-saat akhir.

Sebaik selesai berceramah aku meneruskan sedikit dengan menyentuh skema peperiksaan. Aku juga berjanji dengan pelajar, bahawa kalau berkesempatan aku akan fotostat skema yang telahpun aku sediakan untuk rujukan pelajar. Aku menjeling masa di tanganku, lantas bersuara lembut tapi keras untuk mengakhiri kelas 5M pada hari itu.

“Okeylah, kita jumpa lagi. Ingat, semua mesti study dari sekarang, jangan tunggu last minute. Masa begitu pantas…”, aku menamatkan bicaraku. Lantas akupun melangkah keluar. Langkah gagah untuk ke kelas lain pula.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: