Kau pergi jua kawanku

Kawanku, kelmarin 24 mac 2008, hari isnin, kita berbual di kantin sekolah. Berbicara apa saja. Bicara tentang pelajar. Bicara tentang harapan…

Dalam asyik berbicara itu, kulihat kau agak terkilan. Kau terkilan kerana keputusan SPM sejarah bukan seperti yang kau harapkan. Walaupun peratus pelajar lulus meningkat tapi kau masih belum puas. Kau mahu pelajar mendapat peratusan dan kualiti yang tinggi. Kau nyatakan impiankau yang mahu bandingkan keputusan dengan sekolah yang lain. Kau masih belum puas…

Kawanku, aku salute pada kau. kau kulihat tak pernah putus asa. Kau kulihat sentiasa bersemangat bila membicarakan tentang sejarah..tentang target.

Namun itu kelmarin. Tapi pagi ini, hari selasa 25 mac 2008, kau pergi jua. Pergi untuk selama-lamanya. Kepergianmu kubegitu terasa. Kau pergi dengan meninggalkan seribu harapan.

Kawanku, kudengari khabar, tok Imam di satu surau menangis mengenangkan kepergian kau. Kau disisinya begitu bermakna. Kau jadikan surau itu rumah kedua kau. Kau sentiasa ke sana. Kau sentiasa berjamaah di sana.

Kawanku, kudengari jua, setiap kali kau perolehi hasil kebunmu, kau tak pernah lupa untuk menjamu di surau pada setiap malam jumaat. Kau pemurah kawanku.

Kawanku, kudengari jua, pakaian sembahyangmu sebelum ini sentiasa ada di surau itu. Kau simpan di sana. Namun pada pagi selasa itu, selepas berjemaah subuh, kau bawa pulang kesemuanya. Sesampainya kau di rumah, kudengari kau dakapi anak kecilmu. Kau kudengari begitu gembira sekali mendukung dan memeluk anak kecilmu.

Namun, sebaik kau ingin melangkah ke sekolah pada pagi itu… kau pergi untuk buat selama-lamanya.
Rupanya segala yang terjadi itu, petanda dariNya… petanda kau akan dipanggilNya. Kau lebih disayangiNya.

Kawanku, kudoakan moga rohkau bersama orang-orang yang disayangNya.
Perjuangan dan impianmu insyaAllah akan diteruskan…mendidik anak bangsa agar menjadi insan yang berjaya baik di dunia dan di akhirat.

al-Fatihah untukmu.. kawanku

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: