Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Lawatan anda semua adalah amat dialu-alukan.
Segala bicara di dalam blog ini adalah hasil penulisan penulis sendiri. Penulis cuba mengulas apa jua artikel yang dibaca untuk renungan bersama. Malah sesuatu yang dilihat & didengari (yang pada pandangan penulis perlu dikongsi bersama rakan-rakan) juga akan penulis bicarakan di blog ini.
Beberapa artikel terpilih dari pelbagai sumber (dinyatakan sumbernya) turut dimuatkan untuk manafaat kita semua. Sesungguhnya perkongsian ilmu itu sangat baik. Marilah kita sama-sama jadikan budaya perkongsian ilmu itu sebagai satu amalan bersama.
Sedikit biodata penulis
Penulis dilahirkan di Kelantan. Maknanya penulis ini orang Kelantan ler.
Bersekolah Rendah dan Menengah di Kelantan.
Kemudian meneruskan pengajian di UKM, Bangi Selangor (jadi orang Selangor kejap).
Habis belajar di Bangi tu, penulis dihantar oleh Kerajaan Malaysia untuk bertugas di Negeri Bawah Bayu (jadi orang Sabah kejap). Hampir satu dekad penulis di sana. Oleh kerana suka bergelar ‘STUDENT’, sambil bekerja, penulis sambung belajar lagi selama 2 tahun di UMS tu.
Kini penulis kembali semula ke Kelantan…
Blog penulis ini mula ada di talian maya pd 24 Mac 2008.
Kerana apa penulis menulis blog ni?
Kerana penulis masih rindukan gelaran STUDENT tu… dan ingin terus bergelar STUDENT …hee heee..
Kegemaran penulis: sekali sekala merenung bintang di langit. Kerna dengan merenung bintang, penulis dapat rasakan alam ini teramat indah… dan betapa besarnya kekuasaan Allah s.w.t
TERIMA KASIH kerana sudi meluangkan masa membaca biodata penulis.
itu tanda kita boleh jadi kawan… kalau takpun rakan blog (teman maya).
nota: gambar penulis
p/s - jika anda ada sesuatu nak ‘bicara’ pada saya, taiplah dalam kotak di bawah & klik “submit comment”. Saya menghargai apa jua komen & pandangan anda.


