Berkursus lagi…
May 6, 20086 – 8 Mei – Aku terlibat dengan Kursus Pendedahan Tugas Penyelaras LDP (Latihan Dalam Perguruan) dan Pembangunan ICT Sekolah-Sekolah Negeri Kelantan.
Tempat: Hotel Seri Malaysia, Marang Terengganu.
>>>>>>>>>> bertolak jam 1.00 ptg dari KK, Kelantan & sampai di Hotel Seri Malaysia, Marang jam 5.00 ptg. Lama juga aku drive kereta….apa taknya hanya 90..100..110 (paling lajule tu. tak berani lebih-lebih).
Sepanjang perjalanan, buah limau jadi teman (ubat ngantuk).
p/s – seronok jumpa kawan-kawan dari seluruh negeri Kelantan. Semuanya kawan baru.
Kopi boleh berfungsi mengikut keadaan?
May 4, 2008Kelmarin aku singgah makan di sebuah warung. Lokasinya cantik – tepi pantai. Makan kue teow lakna, makanan kegemaranku. Sambil makan sempat aku perhatikan persekitaran warung tu. Lihat manusia-manusianya. Lihat persekitaran warung. Kreatif juga pemiliknya kerana hiasannya agak menarik. Ceria dengan kehijauan pokok-pokok berdaun. Aku tengok pengunjungnya pun ramai, tak putus-putus.
Dalam asyik perhatikan suasana kedai tu, aku pandang menu yang ada di dinding kedai.
Wah.. pelbagai menu ada. Tapi yang menarik perhatian aku ialah nama kopi. Ia, nama kopi. Pelbagai nama kopi terpampang jelas di sebelah kaunter bayaran. Ada kopi campuran tongkat ali, kopi ginseng, kopi radix, kopi merah, kopi janggut, kopi jantan, kopi larat (eh eh… ada gak nama ‘kopi janggut’, ‘kopi larat’…hee heee. Macam dah kehabisan nama, fikirku)
Apa kasiatnya kopi?
“Menurut eksperimen yang dijalankan ke atas tikus di makmal, kopi boleh membunuh haiwan itu jika diberikan dengan terlalu banyak atau berlebihan !!!”
Namun ada kajian yang menyebut pelbagai kasiat kopi. Malah bau kopi dikatakan boleh merangsangkan ke atas beberapa bahagian badan. Saluran darah akan mengembang dan ini menolong peredaran darah. Keadaan ini juga boleh menolong menghindar beberapa jenis bahan beracun terkumpul di dalam otak.
Kopi juga boleh meningkatkan kadar denyutan jantung dan nadi. Kopi meningkat keupayaan otot untuk bekerja dan ini boleh meningkatkan keupayaan seseorang itu bekerja. Usus juga akan menjadi lebih aktif selepas seseorang itu minum kopi. Ini boleh menghalang penyakit sembelit daripada berlaku.
Kopi merangsang kelenjar perut supaya membebaskan lebih banyak bahan penghadaman. Ini adalah baik untuk penghadaman tetapi tidak baik untuk orang yang menghidap penyakit gastrik.
Kopi boleh berfungsi mengikut keadaan.
Di sebelah pagi, kopi menolong buah pinggang di dalam sistem perkumuhan, iaitu membuang segala bahan yang terkumpul sejak malam. Selepas makan tengahari, kopi menolong proses penghadaman pula.
Di sebelah petang, kopi menolong otot-otot supaya lebih berupaya dan kita akan berasa kurang penat.
Di sebelah malam pula, kopi memainkan peranannya yang tersendiri. Ia akan merangsangkan otak.
Bagi penggemar kopi, kopi boleh diminum asalkan tidak meminumnya secara berlebihan. Bukan sahaja kopi, tetapi apa juga benda yang diambil secara berlebihan, kesan dan akibatnya adalah tidak baik.
(Sumber: Mustafa Ali Mohd, Panduan Kesihatan: Apa Yang Anda Perlu Tahu)
p/s - aku perhatikan di kedai-kedai kopi, pakcik-pakcik lebih banyak minum teh & teh O daripada kopi. Malah aku lihat kawan-kawan aku sendiripun lebih banyak minum teh. Kenapa agaknya? Adakah kerana malu nak order dan sebut nama-nama kopi tu…aku tersenyum…
“Jom, jalan-jalan tengok buku”
April 27, 2008Pagi kelmarin jam 9.30 aku gi library awam. Boring duk kat rumah. Jadi aku keluar ler. Hampir 2 jam aku di sana. Ramai gak bebudak di sana. Aku tengok macam-macam gaya. Ada yang baca buku tapi ada gak yang duk sembang-sembang (apa la bebudak ni, orang gi library cari ketenangan ngan baca buku. Dia pulak duk sembang. Petugas library pulak buat dak jer…)
Sudah jadi tabiatku. Mungkin caraku. Pertama kali aku masuk library aku suka berjalan-jalan dari satu rak ke satu rak. Ini kerana aku suka baca tajuk-tajuk buku di setiap rak sepintas lalu dulu. Macam-macam aku tengok dan baca. Aku tahu ada yang kata… Don’t Judge a Book by It’s Cover . Tapi itulah caraku.
Tabiat ini sebenarnya bermula sejak aku di UKM lagi. Di U dulu tu, habis paras aku pergi. Dari paras tengah, atas, paling atas, bawah, paling bawah, semuanya aku redah….aku suka “jalan-jalan tengok buku”, baca tajuk-tajuk buku. Tak kira buku apa… dari buku psikologi, sejarah, fizik, bio, kimia, agama, pengurusan, sampailah terbitan bersiri – majalah, akhbar lama dan akhbar baru, buku di rak ASEANA, rak microfilm, jurnal, tesis… aku redah semuanya.
OPAC tak gunake? Sebenarnya OPAC pun aku guna. Tapi nak buat camana, itulah aku. Itulah cara dan gayaku… heee ..hee..
Dan satu lagi hobiku, time baca buku, aku suka gi tempat yang berbeza. Suka suasana yang baru. Ada kelainan..suasana nyaman.. heee…hee…
Kekadang ada kawan-kawan aku mengusikku…
“aaaaahhh pusing-pusing di sini ni…buat apa nii..”
“aaahhh aaa buat apa di sini ni. Ni tempat budak-budak optometrist ni…aaa.aaa .”
Aku senyum jer. Malas nak layan diorang ni.
Tapi bagi aku ler..cara “jalan-jalan tengok buku” itu berkesan gak. Buktinya bila time cari bahan / sumber rujukan. Aku lebih cepat dapat mencarinya. Aku tak payah melilau lagi mencari di mana rak buku tertentu.. Misalnya nak cari buku psikologi, aku masuk je library terus ke rak buku psikologi.. nak cari jurnal tertentu.. terus ke sana tanpa perlu melilau lagi. Berbanding ngan kawan-kawan aku, aku tengok mereka ni melilau gak cari bahan. Maklumler library tu luas. Lucu juga aku tengok kawan-kawan aku melilau sana melilau sini…heee
Betullah kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Buku boleh menjadi teman setia kita…
p/s – Pada 30 April ni aku akan ke PESTA BUKU KELANTAN 2008. Jom “jalan-jalan tengok buku” (tengok dulu kalau dah berkenan baru beli..heee…heee)
Ayah, saya mencintai dirinya bukan umurnya…
April 26, 2008Sabtu, balik dari library awam (jam 1.20 ptg – aku sampai di rumah) dan sesudah laksanakan yang wajib, aku on TV. Ada satu tayangan filem lakonan ‘Mr. Smart’ (‘Mr. Smart’ gelaran yang diberi oleh para peminatnya).
Tertarik gak aku ngan jalan ceritanya. Aku sebenarnya dah lama tak tengok filem sampai habis cerita – maklumler asyik ke sana ke mari laksanakan tugas, kursus itu kursus ini, baca itu baca ini, klik itu klik ini. Tapi kali ini aku terus menontonnya sampai habis. Seronok gak.
Kisahnya….
Filem itu mengisahkan tentang seorang perempuan (lewat usia 34 tahun) dah jatuh hati pd. ‘Mr Smart’ yang dah berumur 64 tahun. Perempuan tu jauh lebih muda darinya. Lelaki tu diminta jumpa bapa perempuan tu. Tapi dia segan memandangkan umurnya dah tua. Mungkin sebaya ngan umur bapa perempuan tadi.
Pada satu hari, lelaki tu gagahkan juga pergi ke rumah bapa perempuan itu. Tapi dia tak sempat nak luahkan rasa hatinya kerana bapa perempuan tadi asyik bercerita… cerita tentang usia dirinya yang dah tua (58 tahun). Mungkin sebaya dengan diri lelaki tu. Selalu sakit-sakit. Selalu kena ‘servis’ kat hospital.
Pertemuan pertama ngan bapanya, lelaki tu tak dapat meluahkan apa-apa. Bila keluar dari rumah bapa perempuan tadi, barulah dia dibagitau bahawa bapa perempuan tadi muda 6 tahun dari umurnya. Lelaki tadi lagi terkejut. Lagi berat hatinya nak berjumpa dan meluahkan lamarannya pada bapa perempuan tadi yang lagi muda darinya.
w/b/p nak dijadikan cerita (memangpun cerita) ayah perempuan tadi dapat tahu juga akhirnya. Ayahnya sangat marah dan tak merestui hubungan mereka.
Kata si ayah, “ayah mahu kau fikirkan masa depanmu… dia sebaya ayah. Berapa lama lagi dia ada masa untuk hidup”.
Sebaliknya perempuan tadi (anak tunggal) membalas dengan lembut, “Ayah, saya mencintai dirinya bukan usianya” (p/s – adake lagi perempuan macam ni? ..heee.. hee)
Ayahnya diam. Masih marah dan terus dengan marahnya. Dengan egonya.
Anaknya serba salah. Dia sangat mencintai lelaki tadi. Tapi ayahnya juga perlu dijaga. Dia anak tunggal ayahnya. Ayahnya ada penyakit jantung dan kencing manis (tu yang kena ‘servis’ selalu kat hospital).
Akhirnya sebagai tanda protes, ayahnya mogok, tak mahu makan…
So, apa kesudahannya… malas aku nak teruskan. Buatlah sendiri skrip penamatnya…
Dalam fikiranku, “kisah ini sememangnya berlaku…”
Seni kreativiti pelajar – gajet
April 17, 2008Jam 9.00 pagi (17 April) aku sampai di Kem Pusu 40, Tanah Merah. Terus ke tapak khemah untuk menklik gambar gajet. Gajet hasil buatan pelajar yang pada pandanganku agak kreatif. Lihatlah di bawah ni. (oh ya,
turut diumumkan sebagai johan kategori khemah – gajet)

Pelajar menguji kekuatan menara kawalan
p/s – sesungguhnya pelajar ni ada kemahiran yang perlu digilap.
Perkhemahan di Tanah Merah
April 16, 2008Minggu lepas (6 hingga 8 April 2008), aku terlibat sbg j/latih bagi Kem kepimpinan Pemimpin Pelajar. Sbg j/latih pusat kokurikulum negeri – menjadi salah satu tugas aku utk melatih pelajar dari segi kepimpinan. Ingatkan bila habis kem tu, dah dpt rehat & tumpukan pada kerja lak… Tup tup terima surat lagi – camping pd 13 hingga 17 April 2008. Aku diminta mengiringi pasukan daerah Kuala Krai ke Perkhemahan Briged Bakti peringkat negeri Kelantan pula. Jadi jurulatih pengiring. Perkhemahan ini diadakan di Kem Pengakap, Pusu 40 Tanah Merah.
Aiseyman, penat belum habis lagi. Dah kena masuk hutan lagi. Dah la semasa kem kepimpinan tempoh hari tu aku dilantik sebagai komandan kem. Tak cukup tidur. Dipanggil lagi. Tapi apakan daya, kehendak perkhidmatan, aku gagahi jua.
Sepanjang 5 hari di kem briged, macam-macam pengisian. Padat juga jadualnya. Semuanya bentuk pertandingan. Ada aktiviti berkawat, bina gajet, kem kraf, permainan deria, merempuh halangan, kraftangan, conney soccer, flying hockey, menjala ikan, simpulan & ikatan tali, istiadat bendera, ceramah, nasyid, ucapan spontan, tazkirah, aspresiasi seni & budaya, LDK dsb.
Tapi seronok juga dengan pelajar ni. Makan takjadi masalah. Menu pagi, goreng mehun ngan telor (3 hari berturut-turut). Tukang masak? Aku suruh pelajar sendiri masak. Aku dan rakan-rakan guru lelaki hanya beri tunjuk ajar je. Masak paling ringkas tapi enak (bagi pandangan mata kasar aku ler). Makan t/hari dan malam, nasi ngan ikan goreng jer. Seronok tengok pelajar makan. Semuanya habis dibedal. Itulah hikmahnya berkhemah ni. Mereka tak memilih (tadak pilihan kot). Masa tidur, mereka tidur dlm khemah terbuka tepi tp bukan main berdengkur lagi. Lena. Letih agaknya.
Aku gelihati juga tengok telatah pelajar ni. Ada masa luangje, tak kira siang malam, asyik dengan gajet. Pokok buluh jadi mangsa. Tapi kreatif gak pelajar ni. Lengkap ngan bangsal beg, pos sentri, pintu gerbang. rak pinggan, rak basah, pagar…semuanya dibuat ngan buluh. Ikatan pula begitu kemas.
3 malam aku tidur dalam khemah. Lena bukan main. Maklum saja dah lama tak tidur dalam khemah. Sejuk. Masuk hari ke-4, aku balik rumah jap. Siapkan kerja yang tertangguh. Sambil tu sempat juga aku buka laman blog. Baca blog, tulis blog…
Esok aku dah kena bertolak pagi-pagi. Ada masjlis perasmian penutupan. Sekaligus bawa pelajar pulang. So, aku kena tidur awal. bye..bye… (Ingin rasanya aku berkongsi gajet dengan pembaca semua. Kreatif pelajar ni. Itupun kalau sempat aku ambil gambarnya esok. Sebenarnya aku tertinggal kamera di rumah)
Hullo kawan-kawan G32006
April 12, 2008Assalamualaikum…kawan-kawan G3 LT & KAPT (zuhaida, hai dik lama tak ber e-mail), sham sani (hai, senyapje. kata dah posting negeri), din & addie (camana durian?), wan rizaila (terima kasih kerana bagi pinjam kereta. maklumler orang dr sabah), rosham (hai dah makin berisike? jaga badan tu abe rosham), riad (hai, orang kuat dah naik mej ke? janganlah lupa sahabatni. tlg tlg rekemen), suffian, rusli, azlan, che baha, jusoh, kamarzaman (tok ngulu – tabik tok), mahusin, rameli, rizuwan, saidi (die, kenangan di padang kawad tu masih terasa. best gak, bukan senang nak dapat pengalamantu).
shahrizal (ada nota fotostat yang baruke?), ahap, tengku, tn rahim, wee (macamana surat posting unit tu, dah selesaike?), fawzan, aliza, wuan, gayaw, hafida, Tok Penghulu yusub, marsuki, mazrina (rajin kerja), arif (arif, jangan sorang sorang, perlu kongsi hidupni), nazaruddin, nazmi (hai mi kerja mana sekarang?), mohd moor (camana sahabat di luar negara? dah abiske phD tu? jaga mata tu…hiii hiii), mohd azha, raziz, mokhridzal, nazriah, ng kok tian (tadok cerita baru ke? bukan apa riad mau…)
sikin, laila, azimah (masih kerja di PKIN Kelantan lagi ke atau dah pindah?), norasyikin (lembut orangnya), azliza (tak jumpa sham sanike..dia dah balik negeri), normala (tak minat jadi wartawanke?), olivia, sarah & siti azilah (senyum sikit dik oi, jangan ler serius sangat), zaini, rudin, us ahmad (dengarje duk sama sama di kelantan, tapi nok jumpa bukan main susah al-ustaz ni?…sibuk gak di pondok ya ustaz),
Apa khabar kalian semua? Lama gak tak dengar khabar. Sibukke kalian semua. Ingat, sibuk-sibuk juga tapi jangan lupa luangkan masa dengan sedikit rehat. Badan dan fikiran tu perlu rehat gak. Tenangkan diritu sekali-sekala. Kerja tu tak pernah habis. Kalau ada masa tu, pada satu malam, perhatikanlah bintang-bintang di langit tu. Indah pemandangannya. Dan yang penting kita akan tahu siapa kita sebenarnya, di mana kita sekarang dan ke mana kita akan pergi selepas ini…wassalam.
Langkahku penuh gagah
April 4, 20084 April 2008, Jam 4.00 petang.
Kucapai laptopku. Baca berita, baca blog.
Klik punya klik…
selongkar fail dan folders…
Terklik lak satu folder gambar.
Sapa tu? Aku ler tu.
Gambar tu mengenang kembali memori di UKM.
Aku semasa di UKM, Bangi. Sekitar tahun 1993/94.
Semasa menjadi ROTU (Pasukan latihan Pegawai Simpanan).
Aku masa itu…
Semangatku merah membara
Langkahku penuh gagah
Aku tak kenal kalah
Aku tak pernah putus asa
Aku sentiasa melangkah
Hari ini, masihkah aku di masa lalu?
Ya, aku harus bangkit semula.
Menggali semangat, mengatur langkah
Mensasar matlamat
Mengapai cita-cita
Memburu impian
Impianku???
Ya, aku akan pastikannya. InsyaAllah.
Allah s.w.t tidak akan menganiayai hambaNya yang berusaha.
Ungkapan ini pernah kupegang semasa aku di sekolah menengah lagi.
Kini ia kembali lagi….
Ya, ingatan semangat ini kembali lagi.
Alhamdulillah.
p/s - Kepada kawan-kawan ROTU UKM sesi 1991/92 – 1994/95.
Apa berita kalian semua? Lama tak jumpa.

Posted by rashid 
Posted by rashid
Posted by rashid 










