Seorang Profesor Psikologi memberikan nasihat kepada mahasiswanya dalam menghadapi ujian/peperiksaan:
“Berpakaianlah serapi-rapinya. Pakailah tali leher baru. Seterika licin kemeja anda. Berus kasut anda. Nampaklah tampan dan cerdas, supaya anda benar-benar berfikir tajam.”
Berpakaian boleh mendatangkan fikiran yang tajam?
Bila penulis fikir-fikir, ada benarnya. Lahiriah kita boleh mempengaruhi apa yang ada dalam diri kita, segi perasaan dan fikiran. Pengalaman penulis sendiri… ”siapa yang pernah menjadi tentera mengetahui bahawa seorang tentera merasa dan berfikir seperti tentera apabila dia mengenakan pakaian seragam tentera.”
(p/s – kepada kawan-kawan yang sedang menghadapi peperiksaan / ujian dsb bolehlah cuba saranan Profesor Psikologi ini – ‘sila berpakaian kemas!’)
Berikut kata-kata Dr. D.J. Schwartz :
“lahiriah kita ‘bercakap’ .”
“Nampak penting, dan anda menjadi benar-benar penting”
“Makin banyak penghormatan yang anda berikan kepada diri sendiri, makin banyak penghormatan orang lain terhadap diri anda”
“Cara berfikir anda menentukan perbuatan anda”
“Cara perbuatan anda menentukan bagaimana orang lain menanggapi anda”



May 2, 2008 at 4:27 pm
hehe..xsure la kan but kat sini kalau kat hospital consultant(specialist), akan pakai suit yg hensem while orang bawah2 die labcoat…hehehe…so kiteorg kalau nampak org pakai suit kat hspital cam tunduk sket la..hahahaha..takut2 kang ajdi examiner kiteorg kan..mati.hehe
May 3, 2008 at 9:28 am
Betul tu, itu semua psikologi….
Psikologi bergantung pada persekitaran.
May 3, 2008 at 2:56 pm
a.kum witty. saya tengok witty selalu happy, sentiasa senyum. itu tanda ada keyakinan diri & tabah. mungkin kerna selalu pakai ‘baju warna putih tu ya’. tuuu mcm tootee pakai tu…hee hee. boleh pinjam?
May 3, 2008 at 3:02 pm
mafif tq kerna lawat ana punya blog & bagi pdgn tu.. macam-macam ya, pucuk pangkalnya ada pada persepsi kita sendiri…