Saya kecewa dengan Melayu – Tun Dr. Mahathir Mohamad

March 31, 2008

drmahathir.jpg

 

MUKADIMAH

Pada 28 Jun ini, genap 21 tahun, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menjadi Presiden UMNO. Ditanya bagaimana beliau melihat orang Melayu ketika itu dan orang Melayu ketika ini, beliau berkata: “Saya gagal untuk mencapai perkara paling penting – bagaimana hendak mengubah orang Melayu.”

Bagi Dr. Mahathir, orang Melayu tidak berubah sebagaimana beliau mahu mereka berubah. Ditanya mengapa mereka tidak berubah, beliau dengan tegas berkata: “Tanya mereka.”

Sikap orang Melayu yang suka bergantung kepada bantuan, subsidi dan hak istimewa amat mengecewakan beliau.

Dr. Mahathir menganggap hak istimewa bukan sesuatu yang mulia, tetapi sesuatu yang hina dan memalukan.

Walaupun orang Melayu hari ini mencapai beberapa kemajuan, tetapi masih jauh ketinggalan berbanding dengan kaum lain.

Bagi Dr. Mahathir, orang Melayu hanya mahu mencari jalan singkat dan tidak mahu bekerja keras. Mereka sentiasa mengharapkan bantuan dan pertolongan.

Walaupun kerajaan telah memberi pelbagai bantuan kepada orang Melayu dalam bidang pendidikan dan ekonomi, tetapi orang Melayu tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan.

Kekecewaannya diluahkan dalam satu wawancara sempena Perhimpunan Agung UMNO dengan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, KHALID MOHD dan dua wartawan Mingguan Malaysia, ZIN MAHMUD dan AZMAN ANUAR pada pukul 3.30 petang di pejabatnya di Putrajaya, Jumaat lalu.

Beliau baru saja kembali dari lawatan rasmi ke Switzerland dan pada pukul 7.30 pagi hari itu.

Apabila ditanya, apakah yang akan beliau lakukan jika waktu dapat diputar ke belakang dan kembali semula kepada 28 Jun 1981, hari beliau menjadi Presiden UMNO, Dr. Mahathir berkata: “Saya hanya mahu menjadi seorang ahli biasa UMNO.”

MINGGUAN: Datuk Seri telah menjadi Presiden UMNO selama 21 tahun, satu tempoh paling lama dibandingkan dengan presiden-presiden UMNO yang lain. Bagaimana Datuk Seri melihat orang Melayu selama 21 tahun Datuk Seri menjadi Presiden, dari mula-mula hingga sekarang.

DR. MAHATHIR: Ada juga kemajuan di kalangan orang Melayu. Tapi ada juga unsur-unsur negatif yang telah muncul dalam UMNO sendiri dan dalam masyarakat Melayu. Hakikatnya ialah kita tidak dapat mencapai matlamat kita iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB). Walaupun ada beberapa orang Melayu yang nampak berjaya baik dalam bidang perniagaan atau profesional, tetapi umumnya tidak ada banyak perubahan – baik dari segi sikap dan nilai-nilai yang dipegang oleh orang Melayu.

Apakah sikap dan unsur-unsur negatif di kalangan orang Melayu?

DR. MAHATHIR: Umpamanya, ramai yang suka mencari jalan mudah untuk menjayakan sesuatu, walaupun jalan yang mudah itu akan membawa akibat buruk dalam jangka panjang. Tidak ada yang serius untuk berusaha. Kita dapati di kalangan penuntut Melayu, walaupun jumlahnya ramai kerana jumlah orang Melayu juga telah meningkat, tetapi keinginan untuk mengejar ilmu agak berkurangan, terutama di kalangan penuntut lelaki.

Dalam bidang perniagaan ada yang betul-betul berusaha dan mencapai kejayaan tetapi lebih ramai yang hanya nampak peluang daripada lesen ataupun kontrak yang diberi oleh kerajaan untuk dijual kepada orang lain.

Datuk Seri menyebut tentang kegagalan mencapai matlamat DEB. Banyak mana yang dapat dicapai?

DR. MAHATHIR: Dulu kita capai sampai 20 peratus tetapi sekarang berkurangan hingga kepada 19 peratus. Daripada 19 peratus itu, 17 peratus adalah yang dimiliki oleh institusi-institusi bumiputera yang diurus oleh kerajaan, bumiputera sendiri cuma memiliki dua peratus. Bukan kerana kita tidak beri, kalau hendak dikira jumlah yang kita beri kepada bumiputera lebih daripada 30 peratus. Tetapi hampir semuanya dijual. Sebab itu kita tidak dapat mencapai matlamat. Sebab orang kita hendak cepat dapat duit. Kalau jual boleh dapat duit cepat. Kalau simpan, tidak merasa.

Apa yang tidak kena dengan orang Melayu? Kenapa mereka jadi begitu?

DR. MAHATHIR: Saya tidak tahu apa nak kata. Kita sudah kata berkali-kali, jangan buat perkara semacam itu, tetapi ada yang datang jumpa saya, minta lesen dan kontrak. Mereka kata, “Saya susah, pada saya peluang.” Tapi dia beri juga kepada orang lain.

Matlamat DEB gagal dicapai walaupun sesudah 30 tahun. Ertinya, dasar diskriminasi positif pun gagal mengubah orang Melayu. Jadi, apa yang perlu dibuat?

DR. MAHATHIR: Itu orang Melayu patut tanya pada diri mereka sendiri, apa yang patut mereka buat. Saya sudah tunjuk apa yang patut mereka buat, tapi mereka masih juga hendakkan tongkat, hendak subsidi, hendak diberi keistimewaan.

Datuk Seri, kalau kita tarik balik subsidi dan hak istimewa itu, apakah orang Melayu akan mengubah sikap mereka?

DR. MAHATHIR: Itu kita sudah kata, umpamanya kita hendak benarkan 10 peratus bukan Melayu ke dalam Maktab Rendah Sains Mara ( dan program matrikulasi, itu pun orang kita tak sanggup. Kita hendak dikelilingi dengan satu kubu supaya orang lain tidak boleh masuk. Esok, kalau kita kena keluar dari kubu kita, kita tak boleh berperang dengan orang.

Apakah Datuk Seri rasa orang Melayu sudah bersedia untuk menghadapi persaingan tanpa perlindungan kerajaan?

DR. MAHATHIR: Belum bersedia. Sebab itu kalau kita masukkan 10 peratus pun mereka bersungut. Kita hendak kuota sana, kuota sini, kita juga hendak subsidi itu, subsidi ini.

Kita anggap, diberi layanan istimewa oleh kerajaan sebagai satu perkara yang mulia. Sebenarnya tidak mulia. Umpamanya, kalau di dalam negara, kita perlu diberi perlindungan sepanjang masa, keadaan kita samalah seperti orang yang terpaksa dilindungi kerana begitu lemah dan ini akan menjadikan kita bertambah lemah.

Mengapa orang Melayu masih belum bersedia menghadapi perubahan?

DR. MAHATHIR: Saya nampak satu daripada masalahnya ialah politik. Ada orang apabila kita hendak buat perkara yang betul, maka mereka akan ancam melalui politik supaya jangan menyokong kerajaan.

Dalam politik demokrasi ini, begitulah. Bila kita hendak buat perkara yang betul, yang baik dan yang sakit sikit, ada orang berkata, ini sebahagian daripada isu politik.

Umpamanya sudah lama saya suruh orang kita belajar bahasa Inggeris, bukan (tujuan) hendak ganti bahasa Melayu, cuma hendak belajar bahasa Inggeris. Tetapi hal ini dijadikan isu yang cukup besar hingga kita tidak dapat laksanakan.

Hari ini, kita baru sedar bahawa bahasa Inggeris itu penting. Demikian juga dengan ilmu-ilmu lain yang saya sudah desak lama, lebih kurang 30 tahun dulu supaya belajar ilmu-ilmu lain itu, tetapi ada yang kata itu sekular, politik. Yang dahsyat sekali Pas. Pas tunggu saja bila kita buat sesuatu, ia jadikan isu supaya perkara yang baik ini tidak tercapai.

Siapa yang menentangnya?

DR. MAHATHIR: Sesetengah nasionalis bahasa Melayu. Orang ini ingat kalau kamu boleh bercakap Melayu dengan baik, sudah cukup, tidak tahu bahasa lain tidak mengapa. Ada juga segelintir dalam UMNO begitu. Jadi dia cari jalan mudah, maka tak perlulah dia belajar lebih.

Kena belajar Inggeris susah, lebih senang belajar dalam bahasa Melayu. Tapi, belajar dalam bahasa Melayu pun kita lihat budak-budak boleh dapat kelulusan yang lebih baik. Dia berpidato dalam bahasa Melayu lebih baik daripada budak Melayu.

Tapi dalam hal ini Datuk Seri, bantahan dan rasa tidak senang nampaknya juga datang daripada kalangan UMNO sendiri.

DR. MAHATHIR: dalam UMNO juga ada yang semacam itu, tapi mereka tidak jadikan itu sebagai isu untuk menghentam kerajaan, ataupun cuba menghakiskan sokongan kepada kerajaan. Mereka ini kritik kerana tidak faham tujuan sebenar kita membuat sesuatu.

Tentang mentaliti subsidi dan tongkat. Terdapat dua pandangan, satu pandangan mengatakan orang Melayu tidak berubah, tidak mahu kerja kuat kerana adanya tongkat itu. Jadi kalau kita hendak ubah orang Melayu, kita kena buang tongkat itu. Tetapi bila kita hendak membuangnya, mereka kata mereka tidak boleh bersaing tanpa tongkat. Bagaimana kita hendak pecahkan mentaliti ini?

DR. MAHATHIR: Sebenarnya orang Melayu mampu buat. Kita telah buktikan apabila orang Melayu sanggup buat sesuatu, dia dapat menguasai perkara itu sama ada dari segi menuntut ilmu atau membuat kerja dengan cekap dan sebagainya. Semuanya boleh, tetapi keinginan untuk berusaha bersungguh-sungguh amat kurang sekali.

Kenapa?

DR. MAHATHIR: Saya tak tahu. Kita cuba tunjuk secara teladan. Kadang-kadang saya sudah tunjuk kita kerja kuat, bila balik dari luar negara, saya terus pergi pejabat – hendak tunjuk kerja kuat. Tetapi ada orang kata, Doktor bolehlah… itulah jawabnya.

Semua orang kagum melihat Datuk Seri bila balik pagi ini (Jumaat) boleh terus pergi kerja, tetapi mereka tidak ikut juga.

DR. MAHATHIR: Apa lagi… hendak tunjuk teladan sudah tunjuk, nak tunjuk ajar sudah ajar, marah sudah, menangis sudah, baca doa pun sudah. Semua saya dah buat.

Jadi apa yang silap dengan orang kita, Datuk Seri?

DR. MAHATHIR: Saya anggap itu sudah menjadi satu budaya bagi kita. Kalau kita lihat ke tapak projek, kita harus tanya pada diri kita, kenapa tidak ada seorang pun Melayu yang bekerja dalam projek pembinaan. Apakah orang Melayu berbeza dengan orang Jawa, orang Sumatera yang bekerja kuat di situ. Mereka kerja sampai malam. kerana kulit kita coklat seperti ini, maka kita tak boleh buat kerja.

Itu budaya kita. Kita tak tahu susah, hendak senang selalu. Kalau naik tinggi sedikit, sudah gayat. Kerja lama sikit – letih, lenguh sampai tak boleh tidur. Saya selalu pergi melawat ke tempat tapak projek, saya lihat ada orang Indonesia, orang orang India, tapi orang Melayu tidak ada. Kalau kita lihat di situ kita tidak tahu ini Malaysia, negara orang Melayu. Kita ingat ini negara asing.

Datuk Seri, adakah ini kerana orang Melayu masih dengan mentaliti lama, di mana cukup makan dan cukup pakai sudah memadai?

DR. MAHATHIR: Baiklah… kalau cukup makan, cukup pakai, jadi tak bising-bising lagi. Apa nak politik lagi. Tapi kita bising. Kita hendak itu dan ini.

Apakah Datuk Seri berpuas hati dengan kedudukan orang Melayu setakat ini?

DR. MAHATHIR: Tidak. Cuba kita `cabut’ orang apa akan jadi. Katalah kita ambil Kuala lumpur, semua yang milik kita keluarkan termasuk rumah dan bangunan mereka, apa yang tinggal… Kampung Baru… itu saja.

Selepas 44 tahun kita merdeka kita cuma ada tempat di Kampung Baru saja. Yang ada bangunan tinggi-tinggi pun milik agensi kerajaan. Cuba fikirkan tentang itu.

Datuk Seri, cubalah kita buat perubahan drastik, kita cabut hak istimewa Melayu.

DR. MAHATHIR: Mereka akan menjerit. Mereka tidak dapat hak istimewa. Mereka anggap hak istimewa ini satu kemuliaan. Sebenarnya hak istimewa bukan sesuatu yang mulia. Kalau kita kena selalu pakai tongkat, bermakna kita daif. Antara orang yang kena pakai tongkat dengan orang berjalan tegak, yang mana kamu pandang tinggi? Orang yang pakai tongkat atau orang jalan tegak?

Tapi itu akan memerlukan satu pembaharuan minda.

DR. MAHATHIR: Itulah yang akan terjadi, kita akan adakan seminar, bengkel dan macam-macam. Semua bercakap, para intelek akan bercakap sepanjang masa. Mereka berdebat dan mengeluarkan idea yang menakjubkan, tetapi di bawah ia tidak ada apa-apa makna.

Bukan susah hendak kerja. Hendak kerja ada dan kita boleh beri, tetapi kita rela biar orang lain buat kerja kita.

Kita hendak dapat duit subsidi. Duit subsidi hasil daripada kerja orang lain. Duit itu bukan datang daripada kita. Kalau hendak tahu, lihat cukai pendapatan, banyak mana orang Melayu bayar, banyak mana orang lain bayar. Bermakna duit yang dapat kepada kerajaan yang kita keluarkan sebagai subsidi itu datang daripada orang lain. Sampai bila kita hendak bergantung kepada orang lain?

Hanya Datuk Seri yang boleh bercakap kepada orang Melayu secara berterus terang dalam soal ini. Tidakkah Datuk Seri mahu mengejutkan mereka sekali lagi untuk menyedarkan mereka?

DR. MAHATHIR: Saya sudah buat macam-macam, saya sudah pujuk, merayu, berdoa. Macam-macam saya sudah buat.

Ternyata orang Melayu masih menghadapi masalah besar. Boleh Datuk Seri sebutkan tiga saja masalah orang Melayu yang Datuk Seri anggap paling besar?

DR. MAHATHIR: Yang pertama, tidak sanggup untuk bekerja keras, tidak sanggup belajar bersungguh-sungguh. Tidak sanggup membuat sesuatu dengan bersungguh-sungguh.

Yang kedua, bila ada saja sesuatu perkara atau isu berlaku, kita sudah lupa tentang isu sebelum itu. Bila kita asyik tumpu pada isu itu maka kita berkelahi sesama sendiri. Ini balik kepada Melayu mudah lupa.

Yang ketiganya, apabila kita dapat sesuatu, kita tidak begitu menghargainya. Umpamanya kita dapat banyak bantuan subsidi, kalau diguna dengan baik kita akan dapat banyak untung, tetapi kita tidak gunakannya dengan baik.

Menjelang perhimpunan UMNO, orang Melayu sedang berdebat tentang soal penghapusan kuota universiti serta program matrikulasi dan dibuka kepada bukan Melayu. Ini satu isu yang betul-betul menyentuh hak istimewa Melayu. Kenapa Datuk Seri memilih waktu ini untuk melakukan perubahan ini?

DR. MAHATHIR: Saya tidak memilih masa. Saya lihat keadaan. Kalau keadaan memerlukan kita membuat tindakan, kita bertindak. Kita kata, kita perlu melakukan strategi, kalau kita buat begini, maka politik akan jadi begini. Kalau kita asyik fikir itu saja, bermakna kita tidak buat apa-apalah.

Perkara yang baik yang hendak kita buat, tidak ada yang popular. Kalau hendak jadi popular, apa saja orang minta, kita berilah. Kalau dia kata beri kuota 100 peratus kepadanya, kita beri. Kita boleh popular. Tetapi soalnya, baik atau tidak?

Perubahan ini (pembukaan dan Program Matrikulasi kepada bukan Melayu) adalah satu perubahan yang cukup besar, sebenarnya.

DR. MAHATHIR: Ini tidak besar, sedikit sangat.

Setidak-tidaknya itulah tanggapan di bawah sekarang. Sehingga bila keluar berita tentang perkara ini, pemimpin UMNO sendiri tidak dapat memberi jawapan.

DR. MAHATHIR: Kita sudah beri jawapan. Kita sudah terangkan kenapa kita buat. Di Malaysia terdapat 54 peratus Melayu, 26 peratus Cina, 10 peratus India, 6 peratus bumiputera Sabah dan Sarawak (empat peratus lain-lain), itu pecahan masyarakat kita. Tetapi kita hendak latih orang Melayu dalam keadaan terasing daripada semua ini.

Esok bila kita keluar, kita hendak masuk masyarakat itu kita tidak tahu dan tidak mampu. Kerana kita tak pernah lihat orang. Jadi kalau kita sukar hendak buat demikian – orang Melayu bila keluar dari institusi pelajaran maka dia akan terkapar-kapar, hendak cakap dengan orang pun tidak tahu. Kadang-kadang bila bercakap dengan orang lain tidak tahu bahasa pun, jadi akhirnya kita dapati penuntut yang lulus dari universiti – dapat ijazah tapi tidak dapat kerja.

Sekarang orang bertanya tentang mohon kerja, ditanya lulus dari mana. Mereka jawab lulus universiti di Malaysia. Ada yang kata, Melayu yang lulus di luar negara mungkin mendapat lebih peluang kerja daripada Melayu yang lulus dari universiti dalam negara. Kenapa? Kerana universiti dalam Malaysia ini, kaum-kaum sudah tidak bercampur gaul lagi.

Dalam universiti mereka tidak campur sama sekali, hendak bagi senang tidak bercampur ialah kita masukkan sikit soal agama. Kita hendak tidur dalam satu bilik asrama, tak boleh (campur kaum lain) sebab kita nak sembahyang, kita takut kotor. Kita cari jalan supaya kita diasingkan.

Semasa saya belajar di universiti, saya bercampur dengan dan India. Saya masih Melayu dan pegangan Islam saya masih kuat.

Datuk Seri menggambarkan ini penyakit orang Melayu sekarang. Apakah dengan langkah drastik yang dibuat oleh kerajaan sekarang kita akan mengubah sikap orang Melayu?

DR. MAHATHIR: Saya tidak buat benda yang drastik, baru 10 peratus. Sedangkan dalam masyarakat kita 45 peratus terdiri daripada orang bukan Melayu. Kalau hendak ikut peratusan sepatutnya 45 peratus. Tapi kita cuma masukkan 10 peratus dan kita sudah berasa takut.

Sekarang timbul kebimbangan orang Melayu. Permulaannya 10 peratus Datuk Seri, tapi apa akan berlaku selepas ini? Keretakan sudah berlaku dan itu yang membimbangkan Melayu. Apa jawapan Datuk Seri kepada kebimbangan ini?

DR. MAHATHIR: Saya tak ada jawapan. Pada pendapat saya, kalau kita mampu bersaing dengan 10 peratus, kita akan mampu bersaing dengan 20 peratus dan 30 peratus. Tapi kalau kita kata dengan 10 peratus pun kita tidak berani, maka kita tak boleh bersaing sampai bila-bila.

Datuk Seri percaya orang Melayu sudah bersedia untuk bersaing tanpa perlindungan kerajaan?

DR. MAHATHIR: Kalau mereka tidak dicuba, sampai bila-bila pun kita tidak akan tahu.

Datuk Seri, apa akan jadi jika perubahan ini tidak berjalan dengan baik? Pada tahun ini semuanya nampak baik. Tetapi dalam pengajian-pengajian kritikal seperti perubatan, pelajar bumiputera masih tidak dapat memenuhi kuota. Bagaimana hendak tangani hal ini?

DR. MAHATHIR: Kalau kita tidak biasa susah, kita tidak kuat kerja. Kita senang, hendak masuk universiti ada tempat, semua kita ada. Yang hak orang lain pun kita hendak lagi, tapi dia tidak boleh masuk, bukan sebab sudah penuh.

Inilah masalah orang Melayu – tidak pernah susah, dapat dengan senang. Kalau susah sikit, dia menjerit. Bukan susah banyak, susah sikit saja. Tidak ada yang radikal, hanya 10 peratus.

Pada fikiran Datuk Seri, dengan perubahan ini sikap Melayu boleh diubah?

DR. MAHATHIR: Saya harap begitulah, saya tidak tahu macam mana lagi. Saya mungkin salah.

Tentang pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Apakah ia akan diteruskan dan tidak mungkin berpatah ke belakang semula?

DR. MAHATHIR: Sudah tentu, kalau kita semua tidak mahu, apa saya nak buat. Saya tak ada kuasa.

Tentu Datuk Seri sedar bahawa orang Melayu perlu dibuat keputusan untuk mereka dan dipimpin mereka.

DR. MAHATHIR: Jika saya buat keputusan untuk mereka dan memimpin mereka, sepatutnya sekarang saya sudah berjaya. Saya sudah buat keputusan, tetapi tidak jadi juga. Kita kata orang Melayu tidak ada peluang hendak berniaga, saya putuskan kita beri peluang kepada mereka. Kita ada lebih 30 dana untuk tolong orang Melayu. Tapi kalau dapat duit pun, dia tidak berniaga betul-betul.

Datuk Seri, kalau pengajaran bahasa Inggeris dalam dua subjek itu untuk Tahun Satu dimulakan tahun depan, ia akan mengambil 11 tahun untuk melihat hasilnya. Apakah kita ada masa 11 tahun?

DR. MAHATHIR: Tidak, kita mahu mulakan semua sekali secara serentak. Itu kalau saya. Saya ada cara saya. Kita akan adakan kursus seperti dua tiga mata pelajaran digabungkan untuk diajar secara serentak di Tahun Lima atau apa saja cara dia belajar untuk Tahun Lima dengan mencantumkan pelajaran (dua subjek itu) dari Tahun Satu, Dua, Tiga dan Empat secara serentak. Kita boleh buat, bukan mustahil sangat tetapi kita perlu kerja kuat, kita kena belajar.

Jadi semua pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris akan dilakukan secara serentak mulai tahun depan?

DR. MAHATHIR: Semua sekali. Saya boleh. Saya tahu bagaimana hendak melaksanakannya.

Tetapi Datuk Seri, ini suatu tindakan untuk kembali kepada aliran Inggeris sebenarnya.

DR. MAHATHIR: Tidak, tidak perlu sama sekali.

Apakah salah kalau kita wujudkan semula aliran Inggeris?

DR. MAHATHIR: Kalau begitu, mati langsung bahasa Melayu. Bahasa Melayu kita guna. Kita kena hidupkan bahasa Melayu. Identiti kita terikat kepada bahasa kita.

Selain mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, kenapa tidak perkenalkan semula aliran Inggeris sebagai satu pilihan?

DR. MAHATHIR: Tak boleh. Kalau kita beri Inggeris sebagai satu pilihan bermakna orang Melayu tidak belajar bahasa Melayu. Nilai ekonominya akan jatuh. Orang ini akan tinggi nilai ekonominya dan orang ini tidak ada nilai, terutama dalam dunia sekarang yang mana orang Jepun, Perancis dan Jerman pun belajar bahasa Inggeris.

Kenyataannya, bahasa Inggeris menjadi lingua franca dan kita pula tidak mahu belajar. Kita tidak mahu belajar sebab kita orang Melayu.

Datuk Seri, terdapat sedikit kebimbangan di kalangan pegawai pelaksana tentang guru-guru yang akan mengajar dalam bahasa Inggeris tidak bersedia dan sebagainya. Itu kita baru bercakap bagi Tahun Satu, tetapi kalau Datuk Seri hendak laksanakan secara serentak, kita boleh bayangkan masalahnya.

DR. MAHATHIR: Kalau kita hendakkan sesuatu, kita perlu terus selesaikan masalah sepanjang masa. Bila kita menghadapi sesuatu masalah, kita tidak boleh kata inilah penyelesaiannya. Kalau kita laksanakan kita akan berjaya, tidak. Penyelesaian itu tidak sepenuhnya betul. Semasa kita melaksanakan, kita akan jumpa bermacam-macam masalah lagi.

Tugas kita ialah mengatasi masalah. Kita perlu teruskan. Begitulah cara kita menangani krisis kewangan. Tiap-tiap hari kita duduk berbincang bagaimana hendak mengatasi masalah.

Datuk Seri, apakah perubahan-perubahan yang berlaku dalam beberapa bulan ini yang orang Melayu anggap sebagai perubahan drastik, boleh dilihat sebagai petanda awal ke arah penghapusan hak istimewa orang Melayu?

DR. MAHATHIR: Pada saya, yang pertama, itu bukan langkah awal untuk menghapuskan hak istimewa orang Melayu. Yang kedua, saya anggap hak istimewa orang Melayu adalah satu tongkat. Dan kalau kita selalu guna tongkat, sampai bila pun kita tempang.

Dengan lain perkataan, akan sampai satu masa kelak di mana hak ini akan dihapuskan.

DR. MAHATHIR: Kalau kita sudah jadi kaya, boleh beli harta dan orang lain semuanya, kita lebih pandai daripada kalau kita masuk dalam pertandingan kita menang, apa perlunya hak istimewa orang Melayu. Orang di Malaysia tidak ada hak istimewa. Mereka menghadapi diskriminasi. Tetapi mereka lebih berjaya daripada kita.

Pada fikiran Datuk Seri, kenapa orang Melayu begitu bimbang akan kehilangan hak istimewa ini?

DR. MAHATHIR: Mereka tidak ada keyakinan. Sebab itu saya minta mereka lihat bagaimana (Datuk) Mansor belayar seorang diri keliling dunia. Bila orang Melayu jumpa dia, mereka tanya dia pakai ilmu apa, mereka ingat boleh dapat ilmu ajaib yang boleh bawa dia keliling dunia.

Jika tidak ada lagi hak istimewa Melayu, apakah kita kembali seperti Malayan yang UMNO tentang dahulu?

DR. MAHATHIR: Kita tentang Malayan dulu kerana mereka beri semua sama rata pada waktu orang Melayu cukup lemah. Dalam keadaan Melayu begitu lemah, mereka akan hilang semua. Sekarang bukan kita hendak beri semua. Kita cuma beri 10 peratus saja, supaya dengan itu orang Melayu dapat uji kebolehannya.

Saya ada bercakap dengan Kolej Tunku Rahman (Kolej TAR), sebab apa tidak masukkan orang Melayu. Mereka kata ia terbuka, bila-bila masa mereka boleh masuk. Kita sediakan mereka biasiswa tetapi budak Melayu tidak mahu pergi ke Kolej TAR. Sebab apa, banyak sangat dan mereka pandai-pandai pula. Tak ada permohonan Melayu ke Kolej TAR. Orang India ada juga mohon, tapi Melayu tidak mahu.

Pemuda UMNO ada membuat sedikit penyelidikan yang antara sebab Melayu tidak mahu belajar di TAR kerana pertama tiada surau untuk bersembahyang dan satu lagi soal makanan, takut makanan yang dijual bukan halal.

DR. MAHATHIR: Kalau begitu tidak perlu pergi belajar ke luar negara. Kalau kita pergi mereka sediakan surau di dalam Universiti di Universiti Boleh kita tentukan makanan semuanya disembelih, mereka tidak makan babi? Apa lagi alasan yang hendak kita beri?

Dasar 10 peratus kepada bukan bumiputera. Bolehkah Datuk Seri beri satu jaminan bahawa ia akan kekal 10 peratus?

DR. MAHATHIR: Bukan saya yang boleh beri jaminan. Ini untuk masa depan. Mengenai masa depan ini saya tidak tahu. Saya mungkin tiada lagi.

Apakah harapan Datuk Seri kepada ahli-ahli UMNO menjelang perhimpunan kali ini selepas Datuk Seri memimpin selama 21 tahun?

DR. MAHATHIR: Saya gagal (ketawa sinis). Saya gagal mencapai perkara yang lebih penting – bagaimana hendak mengubah orang Melayu. UMNO pun kadang-kadang menjadi rosak kerana terlampau berebut hendak dapatkan tempat sampai sanggup kalau tidak dapat tempat, bagi orang UMNO kalah.

Tidakkah itu satu kenyataan yang penuh kekecewaan?

DR. MAHATHIR: Tak tahulah… nak kata kecewa. Tapi saya bercakap berkenaan benda yang benar dan nyata. Saya tidak suka berselindung. Saya tidak suka menjadi begitu diplomatik. Saya kata apa yang saya fikir benar. Kalau orang kata tidak benar, tidak apalah. Tapi ini yang saya rasa dan lihat.

Katalah jam dapat diputar ke belakang dan Datuk Seri berada pada 28 Jun 1981, hari pertama Datuk Seri menjadi Presiden UMNO. Apa yang akan Datuk Seri lakukan?

Dr. Mahathir: Saya mahu jadi ahli biasa sahaja (sekali lagi ketawa sinis). Sebab saya tak boleh buat apa-apa (untuk mengubah orang Melayu).

   

http://www.utusan.com.my/utusan/SpecialCoverage/UMNO2002/index.asp?y=2002&dt=0618&pub=UMNO2002&sec=Rencana&pg=re_01.htm

19/06/2002 12:32 a.m.



Pahlawan Ngah Ibrahim: Penggalian semula pusara

March 31, 2008

ngahibrahim2.jpg

ngahibrahim1.jpg

KD Laksamana Mohamad Amin ialah antara empat buah korvet kelas Laksamana milik TLDM yang diberi nama sempena nama panglima Melayu dengan yang lain ialah KD Laksamana Hang Nadim, KD Laksamana Tun Jamil dan KD Laksamana Tan Pusmah.

Hari ini, KD Laksamana Mohamad Amin akan berlabuh di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Johor untuk membawa pulang jasad Laksamana Mohamad Amin Alang dan Orang Besar Jajahan Hilir Perak, Tengku Menteri Ngah Ibrahim selepas kerja menggali semula kubur mereka di sini, selesai.

Ngah Ibrahim dan bapa mentuanya, Mohamad Amin bersama-sama Sultan Abdullah, yang memerintah di Hilir Perak abad ke-19, ialah antara beberapa orang yang disabitkan dengan pembunuhan Residen British pertama di Perak, JWW Birch, di Pasir Salak pada 2 November 1875.

Berikutan penangkapan mereka, ketiga-tiganya dan Datuk Syahbandar Uda Maamor dibuang negeri ke Seychelles di Lautan Hindi pada 1877.

Orang Asli yang membunuh Birch, iaitu Si Putom, bersama Datuk Maharaja Lela serta bapa mentuanya, Pak Indut dan Datuk Sagor serta beberapa sekutu mereka dibicarakan atas tuduhan melakukan pembunuhan itu dan digantung di Matang pada tahun yang sama.

Selepas 16 tahun dalam buangan, Sultan Abdullah diampunkan oleh British dan dibenarkan kembali ke Perak dan tinggal di Kuala Kangsar sehingga kemangkatannya.

British bagaimanapun menolak rayuan Ngah Ibrahim, Mohamad Amin dan Uda Maamor untuk kembali ke Perak.

Mereka dihantar ke Sarawak dan ke Singapura di mana Ngah Ibrahim meninggal dunia pada 4 Februari 1895 dan Mohamad Amin pada 1908. Uda Maamor juga dipercayai meninggal dunia di Singapura.

Menurut Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura, penggalian kubur Mohamad Amin di Pusara Aman di Choa Chu Kang diadakan pada jam 9 pagi ini dan penggalian semula kubur Ngah Ibrahim di Pusara Al-Junied di Jalan Kubur, mulai jam 10 pagi.

INFO: Tengku Menteri Ngah Ibrahim dan Laksamana Mohamad Amin Alang

  • Dituduh bersubahat membunuh Residen British yang pertama di Perak, JWW Birch, di Pasir Salak pada 2 November 1875.
  • Dibuang negeri bersama Sultan Abdullah dan Datuk Syahbandar Uda Maamor ke Seychelles di Lautan Hindi pada 1877.
  • British menolak permohonan pengampunan kedua-dua mereka untuk kembali ke Perak sebaliknya dihantar ke Sarawak dan kemudian ke Singapura.
  • Ngah Ibrahim meninggal dunia di Singapura pada 4 Februari 1895 dan Mohamad Amin pada 1908.
  • Pusara Mohamad Amin di Choa Chu Kang, Singapura akan digali semula jam 9 pagi ini manakala kubur Ngah Ibrahim di Jalan Kubur, Singapura pada jam 10 pagi.
  • Jasad Ngah Ibrahim akan dikebumikan semula di pekarangan Kompleks Muzium Matang manakala Mohamad Amin di Makam Diraja Perak di Bukit Chandan, Sabtu ini.

  • Rashid Maidin pemimpin PKM meninggal dunia

    March 31, 2008

    rashidmaidin.jpg

    BANGKOK 1 Sept. – Bekas pemimpin kanan Parti Komunis Malaya (PKM) yang dibubarkan, Rashid Maidin meninggal dunia pada usia 88 tahun di Sesakhoon, sebuah perkampungan di Narathiwat, Selatan Thai hari ini – sehari selepas Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-49.

    Menurut jurucakap tentera Thai, allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira pukul 9 pagi kerana sakit tua di rumah anak bongsunya, Kamariah, dan dikebumikan di situ selepas solat Jumaat.

    Rashid menyertai PKM pada tahun 1951 dan sebelum itu menjadi anggota jawatankuasa pusat Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) bersama beberapa orang nasionalis Melayu seperti Ishak Haji Mohamad (Pak Sako), Ahmad Boestamam dan Abdullah C.D di Perak.

    Rashid diberi kepercayaan oleh setiausaha dan pemimpin utama PKM, Chin Peng untuk memimpin Regimen ke-10 PKM di Bentong, Pahang.

    Rashid yang dilahirkan pada 10 Oktober 1917 di Kampung Gunung Mesah, Gopeng, Perak, melarikan diri ke dalam hutan berhampiran sempadan Malaysia/ Thailand selepas diburu pihak berkuasa Malaysia.

    Di situ, Rashid, yang sebelum itu telah berkahwin dan mempunyai seorang isteri di Gopeng, berkahwin dengan seorang gadis, ahli PKM bernama Latifah.

    Beliau mula dikenali selepas muncul semasa Perundingan Damai di Baling, Kedah pada tahun 1955 di antara perwakilan kerajaan Malaya yang diketuai Ketua Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dengan PKM yang diketuai Chin Peng.

    Rashid juga merupakan anggota dalam delegasi PKM ke British Empire Communist Parties Conference 1947 di London.

    Pada 1989, beliau turut serta semasa rundingan damai di Hatyai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand yang membawa kepada penamatan perjuangan bersenjata PKM.

    Selepas perjanjian dengan kerajaan Malaysia di Hatyai itu, Rashid menetap di perkampungan yang dinamakan “Perkampungan Malaysia” di sempadan Thai.

    Memoir Rashid Maidin “Daripada Perjuangan Bersenjata Kepada Perdamaian” yang merupakan koleksi peribadi beliau, menunjukkan Rashid fasih tiga bahasa.

    Sementara itu, Kamariah, 40, ketika menghubungi Bernama berkata, bapanya menghidap sakit tua sejak enam bulan lalu dan pernah menerima rawatan di Hospital Narathiwat.

    Allahyarham meninggalkan lima anak melalui dua perkahwinannya iaitu Johan Ariff, 69, Khairuddin, 58, Sudirman, 57, Rokiah, 50 dan Kamariah, 40, selain 50 cucu dan 20 cicit.

    Selepas peletakan senjata, beliau dikatakan pulang ke Malaysia menziarahi keluarganya sebanyak 12 kali.

    Allahyarham sebelum ini menetap di Chulaporn 11, Yaha dalam wilayah Yala bersama isterinya, allahyarham Salamah Abdullah yang meninggal dunia tahun lalu. Beliau berpindah ke Sesakhoon tahun ini.

    Allahyarham Rashid pernah dipenjarakan di Penjara Taiping, Pulau Jerjak, dan pusat tahanan Tanjung Beruas, di Melaka keseluruhan tempoh lebih tiga tahun.

    – Bernama


    Mat Saleh pahlawan negeri di bawah bayu

    March 31, 2008

    mat-salleh.jpg

    Datu Mat Salleh, lebih dikenali dengan mudah sebagai Mat Salleh, merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam penentangan yang hebat terhadap penjajahan British di Sabah. Beliau pernah mengisytiharkan daerah Tambunan sebagai daerah di bawah kekuasaannya.


    Mat Salleh ialah anak kedua dalam sekeluarga empat adik-beradik daripada suku Suluk Paitan.
    Ibunya daripada suku Bajau. Abangnya bernama Ali, sedangkan adik-adiknya bernama Badin dan Bolong. Isteri Mat Salleh yang bernama Dayang Bandang berasal daripada keluarga Sultan Sulu dan berkampung di Pengalaban, Paitan.


    Datu Mohammad Salleh mengambil tugas bapanya, Datu Balu sebagai ketua kampung di daerah Lingkabo dan Sungai Sugut. Perbelanjaan pentadbiran Datu Mat Salleh adalah daripada pungutan cukai ke atas pedagang-pedagang yang melalui Sungai Sugut pada tahun 1894.


    Inggeris tidak senang dengan tindakan Mat Salleh itu, lalu menyerang Mat Salleh di Jambongan serta memusnahkan kampung Mat Salleh di Sungai Sugut pada tahun 1896.Datu Mat Salleh bagaimanapun dapat melepaskan diri. Detik perjuangan Datu Mat Salleh menentang pencerobohan dan keganasan Syarikat Berpiagam Borneo Utara bermula pada bulan Julai 1897.
    Mat Salleh dan pengikut-pengikutnya menyerang dan membinasakan pejabat Pentadbiran Kompeni di Pulau Gaya. Dalam tahun yang sama juga Mat Salleh menyerang dan membakar Pejabat Residen Kompeni di Ambong.


    Pada bulan Disember 1897, Inggeris menyerang kubu Mat Salleh di Ranau. Mereka tewas dan banyak askar Inggeris terbunuh. Seterusnya pada bulan Januari 1898, Inggeris sekali lagi menyerang kubu Mat Salleh di Ranau dengan angkatan tentera yang lebih besar. Mat Salleh terpaksa mengundurkan diri dan membina kota pertahanan yang baru, yang lebih kuat dan kukuh di kampung Tibabar, Tambunan.

    Kota utama Mat Salleh di Tambunan ini sangat sukar ditembusi. Kota ini diperbuat daripada batu-bata, kayu serta buluh tidak dapat ditembusi peluru. Setiap penjuru kota dikawal dan terdapat beberapa terowong atau jalan bawah tanah yang rahsia digunakan untuk meminta bantuan-bantuan senjata, makanan dan lain-lain dari luar kota. Jalan rahsia ini juga dijadikan jalan untuk berundur menyelamatkan diri apabila dikepung musuh.

    Tidak lama kemudian, pihak Kompeni menawarkan perdamaian dan Mat Salleh bersetuju, walaupun ditentang orang-orangnya. Tetapi pada 1899, Kompeni cuba mengambil alih Tambunan daripada Mat Salleh dan menyebabkan peperangan tercetus kembali.


    Dan akhirnya pada 31 Januari 1900, kota Mat Salleh tumbang akibat serangan hebat Kompeni yang berjaya mematahkan pertahanan Mat Salleh.
    Dan peristiwa itu menandakan gugurnya Mat Salleh sebagai pejuang bangsa.

    Kini sebuah tugu dibina oleh Inggeris untuk memperingati kota Mat Salleh itu. Di tugu peringatan itu, tertulis perkataan dalam bahasa Inggeris yang bererti, ‘Tugu ini menandakan tapak kubu Mat Salleh yang telah ditawan oleh Pasukan Bersenjata North Borneo Constabulary pada 1 Februari 1900. Dalam masa pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai pemberontakan selama enam tahun menentang Pentadbiran Chartered Company menemui ajalnya’.


    Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai seorang pemberontak, tetapi pada kaca mata rakyat tempatan, dia ialah pejuang kemerdekaan dan seorang pahlawan.


    Petua Cemerlang: Berlakon Watak Cemerlang

    March 31, 2008

    Tidak dapat dinafikan setiap manusia mempunyai kelemahan dan kekuatannya tersendiri. Sebab itulah untuk berjaya kita mesti mempunyai model ikutan (role model) yang boleh ditauladani. Cuba lihat senario berikut, katakanlah anda sebagai seorang pelajar, telah dipilih untuk berlakun dalam sebuah filem tempatan. Kisahnya berkisar kehidupan pelajar-pelajar sekolah dan anda telah dipilih sebagai pelakun utama. Bayarannya cukup lumayan iaitu RM10,000 dan nama anda juga akan dikenali ramai setelah filem ini ditayangkan. Anda dikehendaki melakunkan watak pelajar cemerlang.

     

    Syarat untuk anda kekal sebagai pelakun cuma dua iaitu, yang pertama anda mestilah menjaga disiplin dan masa anda. Maknanya, apabila pergambaran bermula jam 5 petang maka anda mesti berada dilokasi sebelum masa tersebut. Yang keduanya pula, anda mesti menghayati watak pelajar cemerlang sepenuhnya. Sekiranya pengarah tidak berpuas hati dengan anda, dia akan gugurkan nama anda dari senarai pelakun pada bila-bila masa. Pengarah tidak risau sebab anda pelakun baru, satu ditolak berpuluh akan memohon untuk berlakun.

     

    Kalau anda berada dalam situasi di atas, apa tindakan anda? Saya yakin anda akan mula meneliti dan memahami plot filem tersebut bersungguh-sungguh. Anda mula menghafal skrip yang diberikan ayat demi ayat biarpun ketebalannya mencecah ratusan muka surat. Anda akan mula menjiwai dan menghayati watak pelajar cemerlang yang diberikan kepada anda. Anda akan tiru gaya, percakapan dan cara hidup mereka. Pendek kata anda mahu penonton lihat betapa realistiknya lakunan anda. Anda mahu dikenali selepas usaha anda ini. Anda mahukan ganjaran wang RM10,000 yang dijanjikan kepada anda.

     

    Tidakkah anda terfikir betapa beruntungnya kalau anda lakunkan perkara yang serupa setiap hari dalam hidup anda. Kenapa mesti anda bersungguh-sungguh dalam lakunan filem? Tidakkah anda sedar bahawa kita semuanya pelakun di pentas dunia atau di pentas kehidupan. Kenapa tidak lakunkan watak orang cemerlang itu hari ini. Anggapkan seolah-olah anda berhadapan dengan kamera. Kalau anda seorang pelajar, maka bertindaklah seperti pelajar cemerlang di sekolah anda sekarang! Sekiranya anda seorang pekerja, bertindaklah seolah-olah anda pekerja cemerlang sekarang! Mula mengurus masa secara berkesan, menglibatkan diri secara aktif, berperibadi mulia seolah-olah anda sememangnya cemerlang. Lakukannya setiap hari dan hasilnya nanti anda akan perolehi apa yang diperolehi oleh pelajar cemerlang lainnya.

     

    Lebih malang lagi kalau anda tidak mahu menjadi pelakun itu hari ini maka Allah akan pilih orang lain untuk menggantikan tempat anda. Orang lainlah nanti yang akan berjaya. Mereka akan jadi pemimpin, jurutera, ulamak, peguam dan sebagainya. Orang lain yang akan dikenali dan nama mereka disebut-sebut sebagai orang yang membawa perubahan dalam masyarakat. Orang lain yang akan memperolehi pendapatan bukan sekadar RM10,000 tetapi mungkin lebih tiap-tiap bulan.  Anda tidak punya pilihan lain. Untuk berjaya anda mesti mula berlakun hari ini. Hayati watak orang cemerlang. Berfikirlah, bercakaplah dan bertindaklah seperti mereka yang cemerlang. Lama kelamaan tabiat cemerlang akan sebati dengan kehidupan harian anda. Ia akan menjadi sikap baru anda. Anda akan dapati mereka disekeliling anda menyedari yang anda kini bersikap positif. Setiap kebaikan yang bakal anda perolehi hasil lakunan positif anda ini membuatkan anda tidak mahu lagi kembali kepada sikap negatif anda sebelum ini. Anda mula memikirkan untuk hidup dalam kelompok dan persekitaran baru. Apa anda tunggu lagi? Lakunkanlah watak orang cemerlang itu sekarang dengan memerhatikan model ikutan anda.

     


    Renungilah

    March 27, 2008

    Allah s.w.t berfirman yang maksudnya
    “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dalam keadaan tidak mengetahui apa-apa, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur” ( Surah Al-Nisa’ : 78)

    Orang yang mengalami kesulitan terbesar dalam hidupnya dan paling menyulitkan orang-orang lain adalah orang yang tidak memberikan perhatian kepada orang lain. Semua kegagalan manusia muncul daripada orang-orang seperti ini
    - Alfred Adler (ahli psikologi Vienna)

    “Kualiti sentiasa menang. Lelaki yang bijak bukanlah mereka yang mengetahui semua perkara tetapi mengetahui perkara-perkara yang bermanfaat”
    - R. Emerson (Ahli Sejarawan)

    Daya pemikiran kita terlalu berharga untuk disia-siakan kecuali memikirkan perkara-perkara yang terbaik sahaja
    - Goesthe (ahli falsafah)


    Stress boleh jejaskan kesihatan – Dr. Aziz Kechil, Pakar Neurofisiologi

    March 27, 2008

    SETIAP orang daripada kita terdedah kepada stres, tidak kira sama ada ketua pegawai eksekutif yang sibuk atau ibu yang duduk di rumah atau hinggalah ke anak yang berusia tujuh tahun.
    Stres boleh didefinisikan sebagai tindak balas terhadap sebarang rangsangan atau cabaran yang mengganggu fungsi normal dan mengganggu kesihatan mental atau fizikal.

    Adakah anda percaya bahawa antara 70 peratus dan 80 peratus daripada semua kunjungan ke doktor adalah untuk gangguan yang berkait dengan stres?
    Stres kronik menjejaskan sistem imun secara terus dan, jika tidak ditangani secara berkesan, boleh menjejaskan kesihatan dengan serius.

    Menurut Dr. David Posen dalam kertas kerjanya yang diterbitkan dalam The Canadian Journal of Continuing Medical Education (April 1995), punca-punca stres adalah pelbagai tetapi boleh diklasifikasikan kepada dua kumpulan yang besar: luaran dan dalaman.
    Punca stres luaran termasuklah penyakit-penyakit di kalangan saudara-mara atau rakan-rakan baik, kematian atau tidak bekerja.
    Walaupun pengalaman positif seperti perkahwinan baru, kenaikan pangkat, atau keuntungan dari segi kewangan – boleh menjadi kejadian yang menggalakkan stres.

    Walau bagaimanapun, kebanyakan stres yang kita hadapi adalah terhasil dalam diri sendiri (dalaman) contohnya konflik emosi.
    Kita mencipta kebanyakan daripada kekecewaan kita, menunjukkan bahawa ia disebabkan oleh diri sendiri, kita boleh berbuat sesuatu mengenainya.

    Ini memberi kita langkah pilihan dan kawalan yang kita tidak selalu memilikinya apabila tenaga dari luar bertindak pada kita.
    Stres boleh disebabkan tindak balas alahan, diet yang teruk, kekurangan pemakanan dan penyalahgunaan bahan.
    Penyakit Ketidakseimbangan dalaman ini adalah faktor penyumbang yang utama terhadap stres. Ia membantu untuk menetapkan kitaran yang mana punca stres menyebabkan ketidakseimbangan biokimia dalam tubuh.

    Sebaliknya ini menghabiskan sistem imun, menyebabkan penyakit, yang mewujudkan lebih stres untuk individu yang berkenaan. Kemudian ‘lingkaran ganas’ berterusan.
    Tubuh bertindak balas terhadap stres dengan menimbulkan tindak balas fight or flight. Ini mengakibatkan perembesan hormon stres yang meningkat, adrenalin dan steroid seperti kortisol. Hormon-hormon ini boleh mengeluarkan banyak tindak balas fisiologi yang berikut.

    Apabila otot kerangka mula mengecut, metabolisme meningkat, tekanan darah, kadar jantung dan kadar pernafasan meningkat, sistem pencernaan mula terhenti, anak mata mula mengembang, desakan rasa ingin membuang air kecil dan membuang air besar meningkat dan arteri ke lengan dan kaki mencerut.

    Kesemua tindak balas ini membantu menyediakan tubuh untuk menentang atau untuk lari daripada bahaya. Ini adalah penting untuk orang primitif hidup. Tindak balas ini mungkin juga timbul sesekali jika berhadapan dengan bahaya.
    Walau bagaimanapun, hari ini, tindak balas fight or flight ini mungkin timbul banyak kali sehari – kesesakan lalu lintas, mengejar tarikh akhir tugasan, menyatukan kewangan, menghadapi masalah keluarga, perhubungan tidak menyenangkan dengan rakan-rakan, dan sebagainya.

    Lemah
    Kesemua ini mengakibatkan penyakit kardiovaskular dan sistem imun yang lemah yang menjadikan individu mudah mendapat penyakit degeneratif dan berjangkit.
    Jadi, untuk mengurangkan dan menentang stres, anda haruslah ada kemahuan untuk menukar pemikiran anda dan mula mengamalkan kehidupan yang sihat. Banyak khidmat, produk dan peluang yang terdapat pada hari ini hanya untuk melakukan itu sahaja.

    Ubat alternatif menawarkan banyak strategi yang berfaedah untuk mengurangkan stres dan kesannya.
    Akupunktur, tindak balas bio, meditasi, pengimejan berpandu, dan kaunseling gaya hidup, juga program diet dan pemakanan, memakan herba dan bersenam adalah sangat disyorkan untuk menyumbang ke arah kesihatan yang lebih baik. Humor juga adalah pengurang stres yang hebat dan penawar kepada kekecewaan. Ketawa melegakan ketegangan. Malah, kita sering ketawa paling kuat apabila kita berasa sangat tertekan.

    Perubahan pemikiran dan mencari peluang yang lebih baik untuk kehidupan yang lebih kaya dan lebih sihat mungkin dianggap berbaloi untuk dipertimbangkan. Sama ada kekayaan atau kesihatan, kebanyakan orang salah faham bahawa mereka dengan mudah menerima kesedaran yang terhad yang mengelilingi mereka. Banyak buku yang membantu diri sendiri dan buku berkenaan kesihatan, yang boleh membawa pendedahan hebat kepada kehidupan yang lebih sihat dan lebih berjaya terdapat di pasaran.
    Menangani stres adalah suatu hal yang sememangnya mudah.


    Analisis peribadi dengan bulan kelahiran – Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah

    March 27, 2008

    Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah. Anda boleh menyemak sendiri ciri-ciri ini dalam diri anda dan menjadi salah satu pengetahuan untuk mengenali sahabat dan muhasabah diri.

    JANUARI

    Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
    Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
    Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
    Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
    Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
    Pandai mengambil hati orang lain.
    Pendiam kecuali telah dirangsang.
    Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
    Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
    Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
    Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
    Cukup sayang pada kanak-kanak.
    Suka duduk di rumah.
    Setia pada segala-galanya.
    Perlu belajar kemahiran bersosial.
    Sifat cemburu yang sangat tinggi

    FEBRUARI

    Berfikiran abstrak. Sukakan benda yang realiti dan abstrak. Bijak dan pintar.
    Berpewatakan yang mudah berubah. Mudah menawan orang lain.
    Agak pendiam. Pemalu dan rendah diri.
    Jujur dan setia pada segalanya.
    Keras hati untuk mencapai matlamat.
    Tidak suka dikongkong. Mudah memberontak apabila dikongkong. Suka kegiatan yang lasak.
    Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
    Mudah mempamerkan marahnya. Tidak suka benda yang remeh-temeh.
    Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
    Sangat berani dan suka memberontak.
    Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
    Pemerhatian yang tajam.
    Suka hiburan dan sukan. Suka benda yang bersifat seni.
    Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
    Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
    Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
    Belajar untuk mempamerkan emosi.

    MAC

    Berpesonaliti menarik dan menawan. Mudah didampingi.
    Sangat pemalu dan pemendam rasa.
    Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
    Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran. Suka pada kedamaian.
    Sangat peka pada orang lain. Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
    Tidak cepat marah dan sangat amanah.
    Tahu membalas dan mengenang budi.
    Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
    Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
    Suka berangan-angan. Suka melancong.
    Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
    Kelam kabut dalam memilih pasangan.
    Suka dengan hiasan rumahtangga.
    Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
    Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
    Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

    APRIL

    Sangat aktif dan dinamik.
    Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
    Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
    Punya daya mental yang sangat kuat.
    Suka diberi perhatian.
    Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
    Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
    Sangat berani dan tiada perasaan takut.
    Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah. E
    emosi cepat terusik. Cuba kawal perasaan.
    Kecenderungan bersifat pendendam.
    Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
    Kuat daya ingatan.
    Gerak hati yang sangat kuat.
    Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
    Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
    Sangat cemburu dan terlalu cemburu.

    MEI

    Keras hati & degil.
    Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
    Pemikiran yang tajam.
    Mudah marah apabila tidak dikawal.
    Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
    Perasaan yang amat mendalam.
    Cantik dari segi mental & fizikal.
    Tidak perlu dimotivasikan.
    Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
    Mudah dipujuk.
    Bersikap sistematik (otak kiri).
    Suka berangan.
    Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
    Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
    Daya khayalan yang tinggi. Permikiran yang tajam.
    Pandai berdebat.
    Fizikal yang baik.
    Kelemahan sistem pernafasan.
    Suka sastera, seni & muzik serta melancong. Tidak berapa suka duduk di rumah.
    Tidak boleh duduk diam. Tidak punya ramai anak.
    Rajin dan bersemangat tinggi. Agak boros.

    JUN

    Berfikiran jauh & berwawasan.
    Mudah ditawan kerana sikap baik.
    Berperangai lemah lembut.
    Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
    Idea yang terlalu banyak di kepala.
    Bersikap sensitif.
    Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
    Sukar melakukan sesuatu dengan segera. Bersikap suka menangguh-nangguh.
    Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
    Cepat marah & cepat sejuk.
    Suka bercakap & berdebat.
    Suka buat lawak & bergurau.
    Otaknya cerdas berangan-angan.
    Mudah berkawan & pandai berkawan.
    Orang yang sangat tertib.
    Pandai mempamerkan sikap.
    Mudah kecil hati.
    Mudah kena selsema.
    Suka berkemas.
    Cepat rasa bosan.
    Sikap terlalu memilih & cerewet. Kurang mempamerkan perasaan.
    Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
    Suka pada barang yang berjenama.
    Mudah menjadi eksekutif.
    Kedegilan yang tidak terkawal.
    Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

    JULAI

    Sangat suka didamping.
    Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
    Agak pendiam kecuali dirangsang.
    Ada harga dan maruah diri.
    Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
    Mudah dipujuk dan bercakap lurus. Sangat menjaga hati orang lain.
    Sangat peramah. Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. Berjiwa sentimental.
    Jarang berdendam. Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
    Tidak suka benda remeh-temeh. Membimbing cara fizikal dan mental.
    Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang. Layanan yang serupa terhadap semua orang. Tinggi daya simpati.
    Pemerhatian yang tajam.
    Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
    Mudah dan rajin belajar. Suka muhasabah diri.
    Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
    Suka mendiamkan diri. Suka duduk di rumah.
    Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
    Tidak agresif kecuali terpaksa.
    Lemah dari segi kesihatan perut. Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
    Minta disayangi.
    Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
    Terlalu mengambil berat. Rajin dalam membuat kerja.

    OGOS

    Suka berlawak. Mudah tertawan padanya.
    Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
    Berani dan tidak tahu takut.
    Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan. Pandai memujuk orang lain.
    Terlalu pemurah & bersikap ego. Nilai harga diri yang sangat tinggi.
    Dahagakan pujian.
    Semangat juang yang luar biasa. Cepat marah & mudah mengamuk.
    Mudah marah apabila cakapnya dilawan. Sangat cemburu.
    Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
    Cepat berfikir. Fikiran yang berdikari. Suka memimpin & dipimpin.
    Sifat suka berangan. Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
    Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
    Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit. Belajar untuk bertenang.
    Sikap kelam kabut.
    Romantik, pengasih dan penyayang.
    Suka mencari kawan

    SEPTEMBER

    Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
    Sangat cermat, teliti & teratur.
    Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
    Pendiam tapi pandai bercakap.
    Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
    Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
    Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
    Sangat sensitif yang tidak diketahui. Orang yang banyak berfikir.
    Daya pentaakulan yang baik.
    Otak bijak & mudah belajar. Suka mencari maklumat.
    Kawal diri dari terlalu mengkritik. Pandai mendorong diri sendiri.
    Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
    Suka sukan, hiburan & melancong. Kurang menunjukkan perasaannya.
    Terluka hatinya sangat lama disimpan.
    Terlalu memilih pasangan. Sukakan benda yang luas. Bersistematik.

    OKTOBER

    Suka berbual.
    Suka orang yang sayang padanya.
    Suka ambil jln tengah.
    Sangat menawan & sopan santun. Kecantikan luar & dalam.
    Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
    Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
    Sentiasa berkawan.
    Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
    Cepat marah.
    Macam pentingkan diri sendiri. Tidak menolong orang kecuali diminta.
    Suka melihat dari perspektifnya sendiri. Tidak suka terima pandangan orang lain.
    Emosi yang mudah terusik.
    Suka berangan & pandai bercakap.
    Emosi yang kelam kabut.
    Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
    Suka melancong, bidang sastera & seni.
    Pengasih, penyayang & lemah lembut.
    Romantik dalam percintaan.
    Mudah terusik hati & cemburu.
    Ambil berat tentang orang lain.
    Suka kegiatan luar.
    Orang yang adil.
    Boros & mudah dipengaruhi persekitaran. Mudah patah semangat

    NOVEMBER

    Banyak idea dalam perkara.
    Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
    Berfikiran kehadapan. Berfikiran unik dan bijak. Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa. Pemikiran yang tajam.
    Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
    Sesuai jadi seorang doktor. Cermat dan teliti.
    Personaliti yang dinamik.
    Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
    Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
    Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
    Terlalu degil dan keras hati. Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
    Tak suka marah kecuali digugat.
    Mudah ambil berat terhadap orang lain. Pandai muhasabah diri. Cara berfikir yang lain dari orang lain.
    Otak yang sangat tajam. Pandai mendorong diri sendiri. Tidak hargai pujian.
    Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu. Cuba sampai berjaya.
    Badan yang sasa.
    Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
    Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
    Suka duduk di rumah.
    Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
    Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia. Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
    Bercita-cita tinggi.
    Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

    DISEMBER

    Sangat setia dan pemurah.
    Bersifat patriotik.
    Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
    Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
    Bercita-cita tinggi. Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
    Seronok bila didampingi. Suka bercampur dengan orang.
    Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
    Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur. Tidak pandai berpura-pura.
    Cepat marah. Perangai yang mudah berubah-ubah.
    Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
    Benci pada kongkongan.
    Suka berlawak.
    Pandai buat lawak dan berfikiran logik


    60 Petua mendapat pasangan – Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah

    March 27, 2008

    1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

    2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

    3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

    4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

    5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

    6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

    7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

    8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

    9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

    10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

    11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

    12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

    13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

    14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

    15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

    16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

    17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

    18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

    19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

    20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

    21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

    22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

    23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

    24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

    25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

    26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

    27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

    28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

    29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

    30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

    31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

    32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

    33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

    34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

    35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

    36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

    37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

    38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

    39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

    40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

    41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

    42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

    43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

    44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

    45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

    46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

    47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

    48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

    49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

    50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

    51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

    52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

    53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

    54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

    55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

    56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

    57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

    58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

    59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

    60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.


    Petua pelajar cemerlang ‘U’

    March 27, 2008

    Ibrahim, 23, CPA : 3.91, ISMP.Manusia, UTM.
    1. Banyak buat rujukan di perpustakaan untuk mantapkan persediaan menghadapi peperiksaan.
    2. Banyak belajar secara bersendirian.

    Shah Rizan Abd Aziz, 24, CPA : 3.90 , ISMSKOMP, UTM.
    1. Persediaan sebelum menghadiri kelas pada esok harinya.
    2. Memiliki displin diri yang tinggi dan konsisten dalam membuat ulangkaji, tanpa displin pelajar sukar capai kejayaan.
    3. Bijak mengurus masa.
    4. Banyak lakukan latihan.
    5. Perlu rajin membuat nota.

    Adi Azlan Ahmad Othman, 20, CPA : 3.61, ISMK.Mekanikal, UTM.
    1. Gigih mentela’ah pelajaran.
    2. Tidak lupa agar menunaikan solat dan berdo’a supaya diterangkan hati dan diberi kekuatan mental agar dapat menerima
    pelajaran yang dipelajari.
    3. Sebelum mula belajar sebaiknya memohon do’a
    4. Guna peluang belajar sebaik mungkin.
    5. Janan membazir masa melakukan perkara yang tidak bermanfaat.

    Khairul Saleh Basaruding, 24, CPA : 3.59, UTM.
    1. Yakin dengan usaha yang dilakukan.
    2. Jangan mudah berputus asa.
    3. Beri tumpuan kepada pelajaran yang diajar guru.
    4. Tidak ponteng kuliah, pelajaran yang disampaikan oleh pensyarah itu banyak disentuh dalam peperiksaan.
    5. Untuk kukuh pemahaman, pelajar perlu sering berbincang dengan guru.
    6. Tak boleh bersikap menjauhi diri dari guru kerana guru sumber rujukan terbaik.
    7. Berusaha meningkatkan keupayaan diri.